Follow Me @noorshafila

Saturday, August 31, 2013

Thursday, August 29, 2013

Doa dan Zikir Perisai Mukmin

August 29, 2013 1 Comments
Assalamualaikum....

Minggu ni saja sudah dua berita yang saya dengar mengenai kes rogol yang melibatkan remaja dan kanak-kanak. Yang pertama, melibatkan bapa saudara belasan tahun terhadap anak saudara yang berusia lima tahun (kalau tak silap saya) dan keduanya juga remaja belasan tahun terhadap remaja yang berusia 14 tahun (perkenalan melalui weechat). Astaghfirullah... mana letaknya keimanan dalam diri. Diusia masih belasan tahun sudah berani melakukan perkara begini. Semakin takut saya nak menghadapi keadaan persekitaran yang semakin tidak selamat ini.

Bila berbicara soal isu  ini dengan seorang pensyarah di tempat kerja saya, beliau ada memberi info mengenai doa/zikir yang bolehlah diamalkan bagi membentengi diri dari jin dan syaitan, dari makhluk yang berbisa dan dari kedengkian manusia. Malah Rasulullah saw pernah berdoa untuk Hasan dan Husin dengan doa ini.

Doa ini juga boleh dibacakan pada anak-anak kecil yang menangis bukan sebab sakit atau kembung. Dengan mengambil air segelas dan surah Al-Fatihah paling kurang kemudian disapukan pada muka dan badannya. InsyaAllah.



Semoga dengan mengamalkan doa/zikir ini anak-anak kita akan terpelihara dari perkara-perkara jahat diluar sana. Wallahualam...

Monday, August 12, 2013

Dah 5 Syawal baru nak wish Selamat Hari Raya :)

August 12, 2013 2 Comments
Assalamualaikum :)

Sudah  lima hari kita menyambut Syawal. Saya percaya mesti ramai yang masih merindui Ramadhan. InsyaAllah, semoga diberi peluang untuk berjumpa lagi Ramdhan di tahun hadapan. Dan sudah semestinya, tentu ramai lagi yang masih bercuti hari ini. Tapi saya dah kembali bekerja, almaklumlah cuti awal sebelum raya.

Masuk pejabat hari ini, sunyi je. Ramai yang masih bercuti lagi. Saya pun ada rasa mengantuk lagi. Sampai Puchong pukul 5 pagi tadi. Belum sempat tidur lagi. Hampir 10 jam juga perjalanan dari Gerik - Puchong. Jalan jem teruk. Huaa..letihnya memandu :)

Sambutan raya saya biasa-biasa saja. Lebih kepada anak-anak sebenarnya. Warna tema raya untuk tahun ini hijau. Walaupun tak sama tone nya, janji hijau. InsyaAllah, akan bergambar sekeluarga bila cik suami balik minggu depan.

Alfeey yang tak mahu bersongkok.

Buat teman-teman alam maya ini, saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya
dan
Maaf Zahir Batin



Friday, August 02, 2013

Iklan Raya 2013

August 02, 2013 0 Comments
Assalamualaikum semua.

Nak update cepat-cepat ni :)

Hari ni hari terakhir kerja sebelum bercuti raya. Awal kan saya bercuti raya. Hehehe....

Tahun ni balik ke Gerik. Itu pun bertiga je, saya dan anak-anak. Cik suami hanya akan bercuti seminggu lepas raya. Huhuhu...sedey. Itu sebab kena awal, takut nanti jalan sesak dengan anak-anak lagi dalam kereta. First time sambut raya tanpa cik suami ni. 

Persiapan anak-anak pun tak complete lagi ni. Almaklumlah, susah nak bawa dua-dua sekali pergi shopping. Jadi, sempat lah lagi saya nak siapkan anak-anak punya termasuk lah saya. Alisha dah bising baju raya tak de lagi.

Okeylah...sebenarnya nak cakap pasal iklan raya tahun ni. Ada beberapa yang menarik perhatian saya dan saya suka sangat-sangat.

 PETRONAS:



MAXIS:



SAMSUNG



Tapi, yang ni LAWAK sangat...



Bestkan. Ala semua ni tengok kat facebook dan youtube je. Tak berpeluang tengok kat TV lagi.  Hehehe...

Akhir kata, selamat meneruskan Ramadhan dan selamat menyambut Syawal.

Esok nak balik kampung. Yay. Alisha dah nyanyi lagu Balik Kampung je bila dalam kereta :)

Drive safe.

Thursday, August 01, 2013

You are beautiful.

August 01, 2013 1 Comments
Assalamualaikum...

Salam 23 Ramadhan 1434H

This is very inspiring.

Dove Real Beauty Sketches

i cried okey...

Pandangan kita pada diri sendiri mungkin tidak sama dengan pandangan orang luar terhadap kita.

Mungkin apa yang digambarkan dalam video ini bukanlah yang sebenarnya tapi yang pasti ia membuktikan kadang-kadang kita terlalu memandang negatif terhadap diri sendiri.

So...be positive and love yourself and appreciate what you have.

You Fast.
Your body might be starving.
Yet your heart would be smiling.
If only you knew how lucky you are.
-tariq ramadan