Gotong-royong Projek Tanaman Tadika

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, saya menerima jemputan untuk program gotong royong di tadika Alisha. Program membersihkan kawasan tapak untuk tanam sayuran di sekitar kawasan tadika. Projek tanaman sayur-sayuran ni merupakan salah satu projek khas tadika untuk mendedahkan kanak-kanak dengan alam tumbuhan serta mememupuk daya produktiviti.

Jadi, awal pagi dah bangunkan anak-anak. Alfeey kena ke Taska lah. Kalau bawa hero tu, alamat ibu tak boleh nak bergotong royong nanti.


Pukul 8 pagi dah sampai. Parents pun tak ramai lagi yang sampai. The teachers pun sibuk sediakan sarapan.

Bila dah jumpa kawan main dulu lah...

Kawasan projek .Parents dibahagikan kepada 3 group untuk 3 kawasan. Saya group A. Ambil masa juga sebab keadaan tanah yang agak keras. Ye lah, dah lama tak hujan.





Group A :)

Group B

Group C

Alisha pun tolong juga :)



Selesai akhirnya. Semua dok pakat berehat. 

Seronok bila sekali-sekala dapat berkumpul berkenalan dan bersembang sama-sama. Harap-harap projek ni menjadi. Kata teachers nya, hasilnya nanti kanak-kanak ni akan jual pada parents. Hahaha......InsyaAllah.

Last sekali, satu gambar yang saya jumpa dalam foursquare :)

Nampak tak anak dara saya tu :)

Post a Comment

0 Comments