Follow Me @noorshafila

Thursday, March 21, 2013

Tribute Lahad Datu

March 21, 2013 5 Comments
This tribute video dedicated to our fallen heroes that fighting to their last breath just to maintain our security of this state, Malaysia.

Without hesitation, their courage and spirit has make this nation futile from enemies's danger.
Their fight will not be in vain.

Let us pray to this national guardian and hope that they will be placed among people that is loved by HIM (ALLAH S.W.T).

Amin... Al-fatihah..


(credit to SGB)

Sangat terharu bila menonton video ini.

Berat mata memandang
Berat lagi bahu yang memikul
Takziah kepada ahli keluarga yang terlibat
Semoga roh mereka yang terkorban ini dicucuri rahmat
Amin....

Thursday, March 14, 2013

Bintang...

March 14, 2013 2 Comments

Mencari bintang

Bukan bintang nyanyian

tapi

Bintang A-Quran



MasyaAllah, saya kagum dengan ini.

InsyaAllah, saya akan berusaha untuk mendidik anak-anak saya dengan membaca dan menghafal Al-Quran. 


Wednesday, March 13, 2013

Rahsia 10 Surah

March 13, 2013 2 Comments
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Jom sama-sama kita amalkan.

Tuesday, March 12, 2013

Sayang (Shae) dan Alisha

March 12, 2013 1 Comments
hohoho....

dedicated this beautiful song to my daughter Alisha.

Tak kira di mana pun kalau dengar lagu ni, mesti dia turut ikut nyanyi.

 Selalunya dalam masa dalam kereta lah. Kuat sangat merajuknya. Tengah syok-syok bercerita pun dia boleh merajuk. Tapi kalau tengah merajuk dengan saya , bila dengar lagu ni terus hilang merajuk.

Aduhai, anak dara saya ni.



Lirik Lagu Sayang - Shae

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu 
Ku harap cinta mu takkan berubah 
Kerna di sini ku tetap untukmu


Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku 
Ku rindu dengar suara indahmu 
Kerna dirimulah semangat hidupku 

Sayang dengarlah permintaan ku

Jangan ragu kan cintaku 
Sayang percayalah apa kataku 
Kerna ku sayang kamu 

Sayang dengarlah permintaanku

Jaga hatimu untukku 
Sayang dengarlah bisikan hatiku 
Kerna ku sayang kamu 

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/10/lirik-lagu-sayang-shae.html#ixzz2NJASzrA3

Friday, March 08, 2013

Doa Selamat Dunia dan Akhirat

March 08, 2013 1 Comments
Assalamualaikum

Salam pagi Jumaat.

Saya ingin kongsi doa yang mudah ini kepada anda semua. 
Saya percaya setiap kali kita usai solat kita pasti akan membaca doa ini. 


Sebenarnya, hati saya sedikit gundah :) 
Ye lah dengan keadaan yang tidak menentu di kawasan saudara kita di Sabah sana, Cik Suami mengikuti pelayaran bot risik ke perairan sana. Menurutnya, banyak bekalan senjata dibekalkan. Semoga tiada apa yang berlaku.

Sebagai isteri, saya sentiasa mendoakan keselamatan suami dunia dan akhirat. InsyaAllah, Allah akan melindunginya dan juga pasukan keselamatan di sana.

Amin.


Thursday, March 07, 2013

Alisha dah sekolah.

March 07, 2013 1 Comments
Assalamualaikum...

Lama juga saya tak update blog ni. Sibuk sikit :)

Lepas anak-anak bercuti di kampung, balik saja rumah sendiri, rutin ke taska bermula semula. Alisha hari-hari cakap nak pergi sekolah. Siap explain pada saya uniform baju sekolah yang macammana dia nak pakai. Ibu dia ni pun meng-gagahkan diri bertanya di taska sebab musabab mengapa princess yang sorang ni jadi macam ni. Rupa-rupanya, semua kawan-kawan dia yang sebaya (kalau ikut tahun 2009 dah 4 tahun) dah ke tadika. Jumpa semula selepasa tengah hari.

Saya memang dah sedia maklum ada tadika di UM sebelum ini. Tapi bukan di bawah pengurusan UM. Dan lokasinya di luar kawasan UM. Bila semak semula, rupa-rupanya UM sudah ambil alih pengurusannya dan lokasinya di pindah ke dalam UM sejak awal tahun. Mungkin dah jadi rezeki Alisha. Kebetulan masih ada satu kekosongan untuk program kindi 4 years. Terus sahaja daftar dan sejak 1 Mac lepas, secara rasminya Alisha dah bersekolah tadika di TADIKUM di usia 3 tahun 2 bulan (Actually, dia pergi seminggu sebelum tu. Terlalu awal? Mungkin juga terlalu awal tetapi bila anak dah ready dan Alhamdulillah....my daughter loves to go to school.


Her daily time table (8 am-12.30 noon)


Enrichment Classes (2-4pm). Ibu ambil the whole courses, memandangkan saya bekerja 8-5. Tak payah lah ibu nak cari-cari lagi kat luar. Hehehehe...

Break 12.30 sampai pukul 2 tu, diorang lunch dan mandi. Dan saya akan ambil pukul 4.30 ptg. Jadi sekarang ni, saya pergi dan balik kerja berteman lah :)


Art Class punya hasil semalam. (Serabai je nampak bila petang  :) Rambut basah dengan peluh)


Makan waffle di Giant je.

Sebelum ini, saya ada terfikir juga, apalah yang tadika ni ajar pada budak-budak 4 tahun ni. Tengok balik dia punya time table.... ok lah. Sekurang-kurangnya, dapat mengembangkan lagi sosial dan pergaulannya.  Hehehehe...


The hardest job kids face today is learning good manners without seeing any.
- Fred Astaire

Note: Mood tak best coz cik suami nak belayar malam ni dengan bot risik. Pelayaran ke arah Sabah. Huhuhu....

Tudung Si Comel

tudung sekolah