Follow Me @noorshafila

Thursday, January 31, 2013

Pendaftaran Tahun 1

January 31, 2013 4 Comments
Assalamualaikum,

Ada tak ibubapa di luar sana yang sudah mendaftar anak untuk memasuki tahun 1 pada 2016?
Macam mana prosedurnya?

Alisha lahir pada 2009 dan sepatutnya masuk tahun 1 pada 2016.

Ish..ish..ish.. pening saya. Takut sudah terlepas tempoh mendaftarnya. Bila sepatutnya mendaftar untuk anak yang lahir tahun 2009 ni?

Tersilap bilik

January 31, 2013 2 Comments
Aduh...
Mengantuk punya pasal
Saya boleh tersilap bilik

Habis kelas terus balik ke desasiswa. Pergi ke tingkat 2 untuk jumpa member. Borak dan borak lagi...sampai la dekat pukul 11. Mata macam ada monyet bergayut je. Masuk lif tekan tingkat 3 dan 5. Pintu lif buka, terus je keluar. Jalan macam biasa je ke bilik. 

Hati rasa hairan juga tengok banyak kasut depan pintu. Ingatkan kawan-kawan roommate saya datang bertandang, terus je buka. Walaaaaa....Ini bukan bilik saya!!!

Rupa-rupanya saya di tingkat 3. Malu weh......


Ini baru bilik saya :) 

Mata oh mata......

Wednesday, January 30, 2013

Berhati-hati di jalan raya.

January 30, 2013 2 Comments
Assalamualaikum...

Masih bersiaran dari USM :) 
Tinggal dua test lagi. Dah sepanjang minggu ni akan ada kelas setiap hari.

Alhamdulillah...so far so good. InsyaAllah, final bulan 6 nanti saya akan buat yang terbaik laagi.

Ok berbalik kepada tajuk, tiga hari lepas saya balik ke kampung. Rindu pada anak-anak :)


Tenang saja jalan di sepanjang Jambatan PP ni. 


Tapi kereta mula tak bergerak bila sampai di kawasan Padang Serai. Lepas hampir setengah jam baru ada kereta peronda polis sampai.


 Lepas tu baru lah laluan dari arah yang bertentangan boleh dilalui.


 Bila dah dekat baru nampak dengan jelas. Ada kontena yang jatuh dari lori ke tengah jalan. Ishh...merbahaya betul. Nasib baik tiada kenderaan lain yang terlibat.


Pandangan dari dekat. Selepas berjaya mengalihkan kontena tersebut ke tepi. 

Mungkin dah jadi habit rakyat Malaysia ni, bila ada je kemalangan, ramai yang jadi tukang sibuk. Ramai betul pemandu yang berhenti di tepi jalan untuk keluar melihat kejadian tersebut. Itu lah faktor utama yang menjadi kesesakan. 

Dan ada juga yang tergesa-gesa memotong di depan. Sangat tidak sabar. Terus-terang nak bagi tau, melalui jalan ni, agak menakutkan. Ye lah, lori-lori besar kebanyakkannya di pandu dengan laju.

Berhati-hatilah di jalan raya. Ingat orang tersayang dan pengguna jalan yang lain.











Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H; Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

January 24, 2013 0 Comments

Assalamualaikum

Selamat menyambut Maulidur Rasul pada hari ini, 12 Rabiul'awal tahun 1434H yang bersamaan dengan 24 Januari 2013.


Ya Nabi salam 'alayka
Ya Rasul salam 'alayka
Ya Habib salam 'alayka
Salawatu Allah 'alayka

Hari ini merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang dilahirkan pada 12 Rabiul'awal tahun gajah. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah S.W.T. kepada umat islam seluruh dunia.

Bagi memperingati Baginda, marilah sama-sama kita berselawat ke atas Baginda. Bukan saja pada hari ini sebaliknya kita amalkan di dalam kehidupan seharian kita.

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini membawa tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'

Dari segi Islam Wasatiyyah membawa maksud adil, sederhana dan terbaik.
Tafsiran Wasatiyyah secara tepatnya hendaklah mengikut hakikat kerasulan san ajaran Islam keseluruhannya.  Ia adalah supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam, supaya menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya.

Wallahualam.

Wednesday, January 23, 2013

Day 2 @ USM; Jom makan megi

January 23, 2013 0 Comments
Assalamualaikum

Bersiaran dari USM di hari yang kedua
Jangan jelak ye kawan-kawan semua
Sekadar mengisi masa terluang (take 5 - kelabu mata tengok nombor2 ni)

Disebabkan dah terbiasa, bila hari tak kerja mesti juga nak terjaga 6.30 pagi. Solat Subuh ye semua :)
AA pun bangun 6.30 juga kalau dengan saya. Huhuhu..rindu dengan budak berdua tu.


View dari bilik saya ditingkat 5. Saujana 04. Atas bukit ni.


Basah. Baru lepas hujan di pagi hari.


Meja study yang baru di kemaskan. Sekarang dah macam-macam ada.

Bila dah duduk kat hostel, megi mesti ada sebagi bekalan. Penat lah nak turun ke kafe. Hehehehe......Bahannya pun senang :)


Tupperware (+cover), megi sebungkus, air panas
Biar je 5 minit.
Fast to cook, good to eat (ada ka....)

Hari ni rehat je...esok ada test on Numerical Analysis. Entry saya ni lewat sehari, maknanya hari ini lah test nya (9-11 mlm). Good Luck untuk saya.

Rindu sangat pada Alisha, Alfeey dan Abah diorang.

Day 1 @ USM

January 23, 2013 1 Comments


Assalamualaikum,

Bermula dari hari isnin, 21 Januari, saya akan menempuhi kehidupan sebagai pelajar sepenuh masa sehinggalah 7 Februari nanti. Ish ish ish....umur dah masuk 3 series baru nak dapatkan degree. Sebenarnya ini bukanlah tahun pertama saya sebagai pelajar. Di sebabkan asyik tangguh pengajian je, maka lambat lah nak habisnya. (malu aiii tau). Member yang seangkatan dah ramai yang grad. Jadi, bila anak dah dua ni, kena juga lah menguatkan semangat untuk habiskan pengajian saya ni.

Sebenarnya, buat masa sekarang saya sedang mengikuti pengajian secara jauh dengan USM (PPPJJ). Jadi setiap tahun, semua penuntut PPPJJ ni kena hadiri kursus intensif yang diadakan dalam tempoh lebih kurang dua minggu. Wajib tau. Kalau tak, tak boleh sit for exam.

Double A kesayangan saya tu, terpaksalah saya tinggalkan dengan mak dan abah saya di kampung saya di Gerik. Sedih tau. Masa nak datang ke USM ni pun, rasa macam tak tergamak je nak tinggalkan diorang. Alfeey nak dukung, Alisha siap tarik baju saya nak ikut. Tak boleh lah sayang....Ibu kena pergi juga. Huhuhuhu....



Jalan sesak nak ke Jambatan. Masa ni pukul 10 pagi



 Atas jambatan. Jalan pun dah tak sesak sangat.


 Di pertengahan jambatan.


Papan tanda arah ke USM. Hehehehe...senyum sampai telinga.


Masa ni dah tak de senyum-senyum lagi. Rasa macam nak hantuk kepala dekat stereng kereta je. Dahlah jalan naik bukit. Dari pintu masuk untuk sampai ke Dewan untuk pendaftaran dua jam lebih. Kalau ikutkan 15 minit pun tak sampai. Pertama kali saya tempuh sesak yang macam ni dalam USM. Sampai je kat dewan, kaunter dah tutup. Kena tunggu esoknya untuk daftar di pejabat am PPPJJ. Stresssss!!!!.

Bergegas pulak ke desasiswa RST (di luar USM), baru 12.45 tgh, diorang dah  tutup kaunter. Dalam jadual kan sampai pukul 1. Stresssss lagi. Kena lah tunggu pukul 2 pulak (dua lebih tau).

Selesai semua, kena angkut barang-barang ke bilik plah. Dah la....nak kena jalan macam mendaki bukit. Pati panjat tangga lagi. Dua trip turun naik, rasa nak tercabut kepala lutut saya. Kereta kena park kat luar pagar yang saaaaangat lah jauh. Kerek la pak guard ni, nak hantar barang pun susah :)

Kemas2 segala bagai, lepas solat asar je terus tertidur. Malam nya ada kelas pukul 8. Tak larat nak jalan lagi, masuk USM, saya drive aje dengan dua lagi member. Bila balik lepas kelas tu, masih tak dapat peluang nak  bawa masuk kereta....sama-sama mendaki bukit RST ni lagi. Hahahaha......

Kalau macam ni, tak payah buat senaman lain lagi. Sampai je bilik, dah mandi peluh. Macam pergi gym pulak.

Hari pertama saya di USM yang sangat 'menyeronokkan'.



Friday, January 18, 2013

Peminat Laksa @ Hantu Laksa

January 18, 2013 4 Comments
Lunch Time :)

Saya tengah godek2 fail gambar tahun lepas (eleh macam lah lama sangat). Terjumpa gambar-gambar ni. Masa raya ke tiga, tahun lepas rasanya. Terus terliur okeh....



Tiba-tiba teringin nak makan laksa. Tapi yang mak saya buat lah :)


 Hati-hati Alisha. Panas tu...


Muka senang hati. Mengidam nak makan laksa lah kononnya cik suami saya ni.


Posing sikit. Serupa tak?

Alisha dengan abah sama je...suka laksa. 

Hobi; Mini Cars Collections

January 18, 2013 2 Comments
Assalamualaikum

Saya memang minat bab-bab mengumpul benda-benda kecik macam ni. Ingat dulu (dalam tahun 2000 kalau tak silap) saya gila mengumpul patung2 dalam siri pikachu tu. Banyak betul. Dia jual satu seringgit. Saya beli di Amcorp Mall. Bila dah boring tengok patung2 tu, saya hantar balik kampung jadi mainan adik bongsu saya pula. Ngeh ngeh ngeh.....

Lepas tu saya minat kumpul kereta kecil-kecil pulak. Al maklumlah dah ada kereta sendiri.

Ini antara yang masih ada. Sejak dah ada anak-anak ni. Kita kumpul, diorang amik main pulak. Ada yang tercabut tayar lah....Ada yang pecah lah....Sayang tau...Tapi sebab anak...ku rela kan aje lah.

2008: The Cars of James Bond Collections


Complete dan ada extra.


2009: Ferrari Model Cars (Shell)


Sedih sikit. Ini je yang saya jumpa. Yang lain-lain entah mana perginya, anak-anak saya main. Sebab model ni besar sikit dari yang lain-lain jadi saya tak kisah sangatlah diorang main. (Huhuhu.......)


2011: Mini Coopers Series (KFC)


Hehehehe. Tak mampu lah lagi nak beli kereta yang betul. Dapat yang ni pun dah okeh.


dan yang terkini.

2012:  Ferrari Model Lego Collections (Shell)


Saya suka sangat tau. Terima kasih pada cik suami kerana membantu saya. Hehehehe.....



Semoga 2013 ni lebih banyak lagi yang best-best.

Thursday, January 17, 2013

Apa nak jadi?

January 17, 2013 2 Comments
Minggu ni merupakan minggu peperiksaan.

Semua dok pakat sibuk semak kertas jawapan pelajar.

Apa pendapat anda bila tengok jawapan yang ditulis macam ni?


Ini adalah apa yang ditulis oleh seseorang yang bakal bergelar doktor dalam tempoh 3-4 tahun akan datang.

Hehehehe....takut saya tau :)

Anyway...good luck untuk pelajar tersebut.

Tuesday, January 15, 2013

Selamat Bertunang.

January 15, 2013 3 Comments
Assalamualaikum...

Saya balik kampung lagi hujung minggu lepas. Jumaat malam lepas kerja saya bertolak ke Gerik. Tujuan balik kali ni, sebab nak mengikut rombongan mak dan abah saya ke Ipoh untuk merisik merangkap bertunang adik lelaki saya yang kedua (cik Polis - gelaran kami pada dia). Jodohnya adalah orang Kelantan.

Baru saya tahu adat orang Kelantan ni lain sikit rupanya. Daripada perbincangan orang-orang tua, jumlah wang hantaran yang ditetapkan adalah jumlah mas kahwin yang bakal diterima oleh pengantin perempuan dan akan diserahkan pada hari pernikahan. Berbanding dengan saya dulu, wang hantaran berasingan dengan mas kahwin.

Tak tahu la pulak orang lain (kelantanese) macam mana.. tapi selepas mak pihak lelaki sarungkan cincin pertunangan pada si gadis, bapa pihak perempuan pula akan sarungkan cincin pada si lelaki. Macam dah nikah pulak masa tu. Hehehehe....

Walau apa pun, adat dan negeri.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah, majlis pernikahan dan resepsi sebelah perempuan akan diadakan pada Mac nanti dan resepsi sebelah lelaki juga akan diadakan pada minggu yang sama selepas tiga hari.

Buat adik saya Muhammad Amin dan tunangnya Nisreen...Selamat Bertunang. Jaga diri ye....


Kata abah saya, naik bas lah kita ke Kota Bharu nanti (excited sangat sampai nak sewa bas ke sana  nanti).
Ye lah....senang untuk saudara mara ikut sekali. Ingat masa pergi ke Ipoh hari tu, siap ada yang tertinggal kat belakang.

*****

Friday, January 11, 2013

Thursday, January 10, 2013

Projek Alisha; Basil Chicken

January 10, 2013 4 Comments
Assalamualaikum

Rajinnya saya minggu ini. Tiap-tiap hari update blog :)

Ok..hari ni nak cerita sikit. Dua bulan lepas, saya dan Alisha buat projek kecil. Excited sangat dia bila dapat main dengan tanah dan air.


 Ada dalam lima jenis yang kami semai. 


Basil yang paling cepat bercambah. Dan hanya basil yang betul-betul menjadi. Kesian Alisha bila tengok yang lain-lain macam hidup segan mati tak mahu.


Basil terkini. Lebat betul daunnya. Dalam kepala ni terfikir lah nak masak apa guna daun ni. Dalam dok fikir-fikir tu, saya cari resepi di internet. Jumpa resepi Basil Chicken. 
Senang je resepinya, semua bahan ada kat dapur saya yang kecil tu.

Hasilnya...


Maaf  lah ye...kualiti gambar yang tak memuaskan memandang resolution settingnya berubah. Tak nampak sangat sebab saya potong kecil (kes nak bagi anak-anak)

Saya ada buat perubahan sikit pada resepinya. Dari gunakan chilli paste saya gantikan dengan bell pepper. jadi tak de lah pedas sangat. 

Anak bujang saya makan siap bertambah lagi. (Ini kes sekali-sekala ibu masuk dapur).

Lepas ni.. kena lah ibu rajin masak lagi untuk AA.

:)


Wednesday, January 09, 2013

Eh...dah rakaat ke berapa ni?

January 09, 2013 0 Comments
Assalamualaikum

Image: facebook

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia2 belaka.


Allah-hu-Akbar 

Kadang-kadang bila badan penat sangat atau mata ni mengantuk sesangat,  perkara ini terjadi juga pada saya. Bila hati dah terdetik dan tertanya-tanya, mulalah solat menjadi tidak khusyuk.

Di tambah pulak, bila saya solat Alisha dan Alfeey duduk menunggu disebelah. Alisha sudah faham dan tidak mengganggu, Alfeey lah...sekejap di tepi saya, sekejap di depan saya, sekejap masuk bawah telekung saya. Sekajap baring atas sejadah..... Selalunya terjadi ketika solat maghrib :) Ye lah, kami bertiga saja di rumah. Kelam kabut lah sikit saya ketika ini.

Walau apa pun, sama-sama lah kita memelihara solat kita agar sentiasa khusyuk dan ibadah ini diterima Allah.

Image: google

Phewww....Adam & Hawa sudah nak habis. Sweet betul Adam dan Ain dalam episod malam semalam. Hehehehe......








Tuesday, January 08, 2013

Mari mendidik anak yang soleh dan solehah

January 08, 2013 1 Comments
KONGSI
Sebagai pedoman untuk kita mendidik anak seharian.



Jom hayati lirik lagu Raihan ini,


Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padanya
Tanpamu inan bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah



Friday, January 04, 2013

Entri ringkas untuk cik suami

January 04, 2013 1 Comments



Image from google

Terjumpa ini masa saya meng'google'.
Betulkan :)
Cik suami saya tergolong dalam ni.
Dia tahu masak...
Dia pandai masak...
Dia masak better than me...
Dan masakannya sangat sedap....


Untuk cik suami kesayangan saya,


dan saya sangat....


Lalalalalalala :)


Thursday, January 03, 2013

Penutup 2012; Selamat Tahun Baru 2013

January 03, 2013 4 Comments
Lama betul saya tak bersiaran. 

Selamat tahun baru 2013 buat semua. 

Semoga 2013 lebih meriah dan lebih baik dari tahun sebelumnya.
 Azam tahun baru? 
Saya percaya masing-masing mempunyai list tersendiri. 
Begitu juga saya. 
Tiga yang utama adalah untuk ilmu pengetahuan, keimanan diri dan kebajikan. 
Tak perlu lah saya terangkan ye nanti berjela-jela pula :) 
Yang pastinya, semuanya melibatkan diri saya, suami, anak-anak dan keluarga.

Okeh...minggu terakhir 2012 saya habiskan di kampung saya di Kampung Air Panas, Gerik. Itu yang tak sempat nak meng'update' blog ni. Hehehehe... maklumlah sebagai anak sulung, saya kena lah menyibukkan diri dalam persiapan kenduri untuk majlis perkahwinan adik lelaki saya (tukang sibuk je kot ni). 
Tapi yang paling sibuk rasanya anak2 saya lah. 


Pak Ngah berinai...dia pun nak berinai.


Pak Ngah  pasang pelamin...dia pun nak sibuk.


Kan dah kata....anak-anak saya yang sibuk.

Tapi yang bestnya
Bila malam majlis  nikah.....


Dua-dua pun tidur..... :)

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.


 28.12.2012 - Majlis Akad Nikah di rumah pengantin perempuan

Takde pula gambar sanding sebelah pengantin perempuan. 
Majlisnya berlangsung pada 29.12.2012.

  

 30.12.2012 - Majlis sebelah lelaki

Penutup 2012 yang mengembirakan buat keluarga saya. 
Tahniah buat adik saya Nasrol Fizam dan isteri Nor Hafiza

Akhir sekali,
Si kecik Alfeey yang jadi tukang sibuk abah dan ibu cuci pinggan. 




Tudung Si Comel

tudung sekolah