Follow Me @noorshafila

Friday, September 28, 2012

Fantastic Friday

September 28, 2012 2 Comments
Hari ni terlambat bangun la pulak. Sedar-sedar aje dah jam 5.25 (dah lewat sejam dari yang sepatutnya). Kelam kabut saya bangun masakkan bekal untuk Alfeey. 

Budak berdua tu pun bangun sekali. Alaaa....lagi lah kelam kabut saya dibuatnya. Bagi susu seorang sebotol masing-masing buat hal sendiri sementara saya siapkan beg taska diorang (sambil Alfeey follow aje setiap langkah saya). 

Alhamdulillah....by 6.30, semua dah siap dan sempat lah saya melayan karenah budak berdua di pagi hari Jumaat ni. 


Big smile from My Boy
Nampak tak 3 batang gigi tu? Yang atas tu gigi taring dia (gigi ketiga yang keluar). 
Ada tiga batang lagi gigi yang sudah menampakkan diri (2 gigi depan tu dan satu lagi taring)


 Makan biskut dulu......(yang pink tu jangan makan ye Alfeey)


Alisha pulak sibuk men-deco basikal dia.
*
*
*
*
Apa-apa pun, hari saya tetap ceria dengan karenah budak berdua ni.
Semoga anda semua pun begitu juga. Sentiasa ceria disamping keluarga tersayang.

Ok lah.. selamat bercuti hujung minggu buat semua.

Monday, September 24, 2012

Hantu!!!!

September 24, 2012 2 Comments

My girl ni konon-konon nak usik saya. 
Alisha: Ibu.....hantu....
Saya: Ala...takutnya (pura-pura takut)
Dia dah gelak-gelak dan terselak rambut dia ke belakang.
Alisha: Alamak.....ibu tolong kakak jadi hantu...
Saya: Tak jadilah ibu nak takut (sambil betulkan rambut dia semula jadi hantu)

Sekarang ni, suka sangat dia nak tengok cerita hantu. Dia tak tahu ke yang ibu dia ni penakut ya amat :) Tapi disebabkan hujung minggu je dapat layan karenahnya yang macam-macam ni, ikut je lah. Bukan tengok secara berlebihan ye...sebab dia pun penakut juga. Hahahaha......


Wednesday, September 12, 2012

September 12, 2012 1 Comments
N3 ni ditulis dalam keadaan perut saya yang terover kenyang, gara-gara jamuan hari raya. Adoi ya...ni lah gara-gara semua juadah nak dirasa. Bila cuba sikit...sedap je rasanya apa lagi....laju je lah sudu dan garfu di tangan ni menyuapkan makanan ke mulut. Eh....tangankah yang bersalah. Hehehehe.....hancus lah diet saya hari ni.

Semalam, calon2 UPSR dah mula mula menduduki peperiksaan. Mungkin sebab itu perjalanan balik dari tempat kerja ke rumah sangat aman damai tanpa ada kesesakan. En. Polis yang mengawal lalu lintas pun enjoy je bekerja.


Hehehe...nakal kan saya snap gambar ni. Maaf ye En. Polis....dah selalu sangat saya nampak En. Polis ni sepanjang perjalanan pergi dan balik kerja. "Jasamu sentiasa dikenang." Ewah :)

Disebabkan jalan yang aman damai, sebelum pukul 6 lagi saya dah sampai taska ambil dua orang buah hati saya tu. Alfeey baru bangun tidur. Hairan jugak, kalau dekat taska nak pulak dia tidur petang macam ni. Kalau hujung minggu.... susah sangat nak tidur. Kadang2 samapai tertongeng-tonggeng jatuh sebab mengantuk tapi still juga tak mau tidur.


muka baru bangun tidur.

Bawa diorang play kat playground sekejap. Mungkin sebab awal sangat, budak2 lain pun tak de lagi. Bila dah berdua je.....Alisha tak de lah melasak sangat. Kalau tak, tak larat nak kejar.


nak usik adik ^__^


kakak: "Ibu....peace" - cakap sampai kembang2 hidung.
adik: 'apa la kakak ni' - dalam hati. 

Penat melayan karenah anak dara seorang ni. Asyik bergaduh je dengan saya. Siap cakap "Tak mau kawan ibu." bila dia marah sangat. Ibu dia yang memang dah faham sangat dengan feel anak dia ni selamba je jawab, "Ibu pun tak nak kawan kakak lah." Kelam kabut dia datang peluk cium saya balik. Kasihan Alisha dapat ibu macam saya yang suka menyakat budak kecik.

Thursday, September 06, 2012

Terima Kasih Izwa :)

September 06, 2012 2 Comments



Blogger :: Mrs.Eady :: said...
psstt...nmpk gmbr tak pakai tudung la..hehehe..
September 6, 2012 2:00 PM
 Delete

Terima kasih buat Izwa di atas komen ini. Masih ada kawan yang perihatin. Excited nak post n3 punya pasal. Hehehe.... Terlupa mungkin ada juga insan yang bergelar lelaki mungkin tersesat di blog saya yang tak seberapa ini.

Jadi saya dah mengeditkan semula gambar dalam n3 sebelum ini untuk tatapan semua.


Gambar kawin

September 06, 2012 1 Comments
"kakak buat apa?" "ni abah ngan ibu comel potong kek." "apa tu?" "ni kek happy birthday to you allah selamatkan kamu." (dia bangun sambil tunjuk sekeping gambar) "hehehehehe...ni gambar kahwin abah dengan ibu." " tak lah, ni abah dengan ibu comel potong kek happy birthday to you." "ibu comel ke?" "yelah..ibu ni comel." ibu sengih sampai ke telinga bila anak puji.

Ni perbualan saya dengan Alisha pagi tadi. Saya tengah siap-siap nak pakai tudung, tak perasan yang dia tengah belek-belek album gambar lama (album kahwin kami). Siap keluarkan sekeping nak tampal kat dinding katanya.

Pastu dia sibuk cari beg sekolah keretapi (beg tu ada gambar keretapi Thomas n friends) tapi tak jumpa pun sebab beg tu memang sengaja tinggalkan dalam kereta. Dalam beg tu ada sekeping gambar abah dia. Dah lusuh pun gambar tu. Saya agak dalam hai mesti dia nak simpan gambar kami potong kek tu dalam beg juga.

Gambar bawah ni tak de kena mengena pun dengan n3 ni, cuma bila dah ternampak tadi.....mengeluh sendiri saya, bila lah nak dapat balik berat badan macam ni. Hehehehe takde lah kurus mana pun, tapi kalau tak silap berat saya masa ni dalam 56-58 kot. Sekarang ni macam dah statik dekat 71-73. Tak lebih dan tak kurang dari tu. Usaha lah kuat sikit cik puan oooii :)

gambar sehari sebelum wedding.





Wednesday, September 05, 2012

September 05, 2012 0 Comments
Hujan lagi kat luar. Jangan lah melarat sampai masa balik kerja nanti. Tau saja lah KL ni, hujan sikit je, semua jalan jadi sesak. 

Gelap

Masa ni hujan berhenti sekejap. Kasihan abg2 dan pakcik polis.

Gara-gara hujan semalam, saya sampai Puchong lambat. Dekat pukul 7 baru ambil the kids. Kasihan budak berdua tu. Sebagai tanda mohon maaf sebab ambil lambat. Ibu yang dikasihi ni bagi lah peluang untuk mandi kolam walaupun dah malam sebagai ganti janji ibu nak bawa pergi taman.

Adik yang sama naik perangai dengan kakak. Gambar kakak tak boleh nak upload sebab seksi sangat. Hehehehe
September 05, 2012 1 Comments
My wonderful kids latest photos

 Alisha Adnain @ 2yrs 9mths

 Alfeey Adham @ 10mths

Buah hati saya. Anugerah terindah dari Allah. Semoga mereka berdua menjadi anak yang soleh dan solehah.

Tuesday, September 04, 2012

Jalan-jalan BlogWalking

September 04, 2012 0 Comments
Assalamualaikum uols.... BW di awal pagi (hehehehe.....).

Tapi sebelum tu saja-saja menjengah website Nuffnang :-) Tengok earning saya yang tak seberapa tu, ngeh...ngeh..ngeh... Baca-baca What's Happening @ Nuffnang? Saya tertarik nak BW ke blogger of the month September : Submerryn.com . Best...best...best...  [tak mau bagi komen blog orang :)] tapi sangat worth kalau kita follow blog yang sangat informative macam ni.

Seperti biasa, buka blog kegemaran saya Salam Dua Benua: Semoga hubby kak LG cepat sembuh. 

Dan juga, blog Izwa yang comel Bicara Hati: Selamat menempuh kerja-kerja yang busy tu ye.

Serta blog masakan milik kak Azlita Masam Manis

Akhir sekali buka mukabuku kejap (sebelum mulakan kerja ye - ye ke? )

Ok lah....jom mulakan kerja di hari selasa ini :)

p/s: Ain banyak sangat berangan lah. Tengok Adam & Hawa tanpa Mr.Hubby tak beshhhh.


kakak nak ikut abah balik Miri ke? Siap masuk dalam beg ni.

Monday, September 03, 2012

Soto Ayam dan Sagu Gula Melaka

September 03, 2012 0 Comments
Assalamualaikum....dah tengah hari derr... Perut dah rasa lapar pulak. Masa berpuasa sebulan Ramdhan yang lepas, tak terasa pun rasa lapar bila masuk waktu macam ni. Sekarang ni, masuk je pukul 12, perut dah berkeriut bunyi minta di isi. Bila dah lapar ni, terasa nak berkongsi nak story sikit tentang 'not so open house" yang saya buat jumaat lepas, sempena cuti hari kebangsaan kita. Saya ada buat makan sikit2 memandangkan Mr. Hubby masih lagi bercuti. Bila dah kecil-kecilan ni, kita masak sendiri je lah. Oppsss....bukan saya :( tapi Mr. Hubby lah - my masterchef :) Thank you sayang.

Menu kami hari tu -
Soto ayam
Sagu gula melaka (saya buat yang ni tau. Hehehehe...)
Lemang (beli ready made kat Giant)
Rendang ayam
Kuah Kacang (pun beli kat Giant, lupa pulak namanya, cuma bancuh dengan air panas tapi saya masak atas api. Serius cakap, tak rugi mencuba)
Kek batik (saya juga. Hehehe...) 
Biskut-biskut raya, dan Sirap bandung soda.
(so faham-faham jelah, mana yang tak bertanda tu was made by Mr Hubby lah)

Kami mencuba resepi dari CMG Dapur tanpa sempadan untuk menu soto dan sagu gula melaka. Jom kita tengok resepinya.


BAHAN KUAH SOTO 



 1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*
(*bahan-bahan ini dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel (kami tak buat pun)
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)


UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah gara, secukup rasa.
UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm...

SAGU GULA MELAKA




BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram sago biji, cuci dan toskan
2 liter air
2 helai daun pandan, disimpul
3/4 camca teh pewarna hijau makanan


1 ketul gula melaka, hiris kecil + 1/2 cawan gula pasir  + 1 1/4 cawan air + 1 helai daun pandan (disatukan dan masak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam + 1/2 camca teh tepung jagung = satukan, kacau dan masak hingga panas, sejukkan.

CARA MEMBUATNYA :-)

Didihkan 2 liter air tadi bersama daun pandan dan pewarna hijau makanan, kemudian masukkan sago biji dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam peiuk.
Tuang dalam tapis dan cuci biji sago tadi bawah air paip untuk membuang kanjinya. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Sapu sedikit minyak pada acuan tadi.
Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka tadi dan juga santan pekat tadi. Hidangkan sejuk.

p/s - kami follow resepi ni bulat2. Alhamdulillah tidak mengecewakan langsung. Thank you CMG. Gambar atas tu sna guna hp saya je. Terlupa pulak nak snap meja hidangan kami. Lain tahun lah ye.......

Our Raya Photos

September 03, 2012 1 Comments

Walaupun dah lambat tapi masih mood raya lagi sebab kita masih di bulan Syawal, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan,

Salam Syawal
Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin

dari saya sekeluarga.

Enjoy our raya photos ye.





Broaden News