Our new family members - Mr & Mrs Robo, T1 & T2

Salam pagi khamis buat semua.

Huhuhu... kelam kabut betul saya pagi ini bila Alisha buat perangai. Hilang kesabaran saya pagi ini dek karenahnya. 


As a mom, bila tengok macam ni tak sampai hati nak marah....kan? (Intan payung saya).

Ok... balik kepada cerita asal. Sempena hari lahir Alfeey yang lepas, saya dan cik suami bawa A-A ke Pets Wonderland. Suka lah cinonet dua orang tu. 

Alisha dah mula rambang mata. Tengok arnab.....dia nak 'rabbit'. Tengok iguana..... dia nak 'buaya' (hahahaha...). Nasib baik dia tak mintak 'dog' bila tengok anjing. 

Lepas seketika, dan dia pun macam excited je bila tengok....saya dan cik suami ambil keputusan untuk belikan A-A


Sepasang hamster spesis Phodopus Roborovskii 

Hamster jenis ni yang paling kecil dan terpantas. Kalau nak diikutkan tak sesuai sangat untuk budak kecil macam diorang jadikan hamster jenis ni sebagai binatang peliharan sebab susah nak handle dan terlebih aktif.  Saya yang dah dewasa ni pun susah nak tangkap. Tapi bila fikir balik, bosan pulak kalau tengok hamster yang tak berapa nak aktif. (Ayark...ni untuk ibu ke anak haaa.....napak macam ibu yang melebih2 ni. hehehehe.....) Tapi nak kena perhatikan jugalah bila diaorang berdua tu main2 dengan Mr & Mrs Robo ni. Ada masa nya juga untuk diorang pegang dan tengok. 


Yang ini favorite Alfeey. Tak macam Alisha yang masih takut nak pegang. Dah hampir dua bulan join family saya. Baru-baru ni, seekor melarikan diri (takut dengan Alfeey kot). Nasib baik jumpa balik. Gara-gara Alfeey pecahkan akuarium (sebab cuba keluarkan mereka), saya letak dalam tupperware sementara nak beli yang baru. Sebab tak bertutup, dia berjaya keluar. Puas jugalah mencari :)

Superwomen tak saya nak jaga A-A tambah pulak Mr & Mrs Robo dan T1 & T2 (naming after the bananas in pyjamas - B1 & B2). Hehehehe...Tak de makna nya kan????

Post a Comment

0 Comments