Daging berlada bersama bunga kuchai

Saya baru je terjebak dengan bunga kuchai aka chives flower ni. Masa beli hari tu ingatkan kuchai yang biasa kita masak dengan taugeh tu. Sebab nak cepat, nampak je chives terus ambil. Masa tengah kemaskan barang-barang, baru perasan rupa-rupanya yang saya beli tu bunga kuchai. Blank sekejap kepala.....nak masak apa la pulak ni.

Ambil tab terus google kat internet....jumpa lah resepi ni. Kebanyakan resepi menggunakan daging. Mana lah  saya ada daging masa tu....ayam adalah. Main campak-campak je. Ye lah nak makan sorang je kan. Bila makan...sedap lah pulak. Alisha pun join sekaki, walaupun sedikit pedas. Hehehehe...

Sekarang, bunga kuchai ni dah jadi sayur yang wajib di beli tiap kali membeli barang dapur (lupa nak snap gambar)

Jom tengok tengok hasil masakan saya. Yang ni saya gunakan daging.


Antara bahan yang saya gunakan: bunga kuchai, daging, halia, bawang putih, bawang merah besar, cili padi, sos tiram dan lada hitam serta sedikit garam.

Selamat mencuba :)

Post a Comment

2 Comments