N3 ni ditulis dalam keadaan perut saya yang terover kenyang, gara-gara jamuan hari raya. Adoi ya...ni lah gara-gara semua juadah nak dirasa. Bila cuba sikit...sedap je rasanya apa lagi....laju je lah sudu dan garfu di tangan ni menyuapkan makanan ke mulut. Eh....tangankah yang bersalah. Hehehehe.....hancus lah diet saya hari ni.

Semalam, calon2 UPSR dah mula mula menduduki peperiksaan. Mungkin sebab itu perjalanan balik dari tempat kerja ke rumah sangat aman damai tanpa ada kesesakan. En. Polis yang mengawal lalu lintas pun enjoy je bekerja.


Hehehe...nakal kan saya snap gambar ni. Maaf ye En. Polis....dah selalu sangat saya nampak En. Polis ni sepanjang perjalanan pergi dan balik kerja. "Jasamu sentiasa dikenang." Ewah :)

Disebabkan jalan yang aman damai, sebelum pukul 6 lagi saya dah sampai taska ambil dua orang buah hati saya tu. Alfeey baru bangun tidur. Hairan jugak, kalau dekat taska nak pulak dia tidur petang macam ni. Kalau hujung minggu.... susah sangat nak tidur. Kadang2 samapai tertongeng-tonggeng jatuh sebab mengantuk tapi still juga tak mau tidur.


muka baru bangun tidur.

Bawa diorang play kat playground sekejap. Mungkin sebab awal sangat, budak2 lain pun tak de lagi. Bila dah berdua je.....Alisha tak de lah melasak sangat. Kalau tak, tak larat nak kejar.


nak usik adik ^__^


kakak: "Ibu....peace" - cakap sampai kembang2 hidung.
adik: 'apa la kakak ni' - dalam hati. 

Penat melayan karenah anak dara seorang ni. Asyik bergaduh je dengan saya. Siap cakap "Tak mau kawan ibu." bila dia marah sangat. Ibu dia yang memang dah faham sangat dengan feel anak dia ni selamba je jawab, "Ibu pun tak nak kawan kakak lah." Kelam kabut dia datang peluk cium saya balik. Kasihan Alisha dapat ibu macam saya yang suka menyakat budak kecik.

Post a Comment

1 Comments

  1. Hehe.rajin fila bawak jap anak2 gi playground...
    Pandai alisha ye...tamau fren fren dgn ibu..hehe..kdg kita pun geli hati dgn keletah dorang kan..

    Amboi..tak pasal2 glam abg polis tu..keke

    ReplyDelete