Follow Me @noorshafila

Wednesday, August 29, 2012

Dah tumbuh gigi

August 29, 2012 1 Comments

Alhamdulillah. Lama menunggu.
Gigi pertama keluar pada usia 9 bulan 2minggu.
Gigi bawah yang pertama keluar dulu dan diikuti dengan gigi bawah yang kedua.
Alfeey okey je....tak demam pun.
Esoknya nak raya, Alfeey demam pulak....siap dengan selsema dan batuk. 
Ibu hairan jek.....
Belek punya belek.... Gigi taring bahagian atas dah keluar. 
Patutlah....
Baik punya besar taring dia.
Gigi depan bahagian atas masih lagi menyembunyikan diri. 
:)
Sekarang ni, asyik menggigit je lah kerja budak kecik ni.
Siap gigit guna taring dia lagi.....

Tuesday, August 28, 2012

Adam & Hawa

August 28, 2012 0 Comments
Dah tengok drama Adam & Hawa?

Ditayangkan mulai 27 Ogos pukul 10 malam di saluran 134 HD.

Saya suka novel  Adam & Hawa, karya Aisya Sofea ni :) Tak jemu baca dan jalan ceritanya juga menarik. Mungkin sebab itu kot hati rasa tertarik nak menonton drama ni di tv.


Bila dah jadi drama, watak utama pula adalah Aaron Aziz (tak lah minat sangat) tapi suka gaya lakonannya. Pada saya watak romantiknya setaraf dengan Rosyam Nor (lama tak tengok dia berlakon).


Oklah... Layan je......

Wednesday, August 15, 2012

Petua untuk sembuhkan tonsillitis (swollen tonsil)

August 15, 2012 25 Comments
Sila baca entry saya sebelum ini :)

Swollen Tonsil pictures

gambar tonsil yang membengkak (sumber: google)

Swollen Tonsils

gambar tonsil dalam keadaan biasa (sumber: google)



Saya meng-google laman-laman yang memberi petua-petua untuk menyembuhkan tonsillitis ini. Ye lah pergi jumpa doktor pun hanya dapat ubat demam dan antibiotik saja. Memandangkan anak saya ni susah betul nak makan ubat. Siap melalak macam kena pukul. 

Kalau ikutkan kaedah perubatan yang profesional, perawatan antibiotik diberi untuk 7-10 hari (saya pulak request untuk 3 hari...mak aihhhh pahit batul rasanya. Patutlah Alisha muntah balik. Dan untuk kurangkan demam yang disebabkan oleh tonsillitis ni hanya doktor hanya memberi Ibuprofen (anti-inflammatory drug).

Ada beberapa petua yang saya jumpa untuk sembuhkan tonsillitis:



1. Amalkan air limau kasturi campur madu sikit.
Bagi kanak-kanak buat 1 biji limau kasturi campur madu setengah sudu kecil pastu kacau biarkan selama setengah jam baru minum...1x sehari
Bagi dewasa pula 2 biji limau kasturi campur 1 sudu teh madu kacau biarkan selama setengah jam atau lebih...minum 2x sehari

2. Makan Aiskrim (tapi tak boleh minum air sejuk)
Bukan aiskrim malaysia tau tapi aiskrim yang berkrim

3. Minum 100plus
Kena hilangkan gas dululah.

4. Berkumur dengan air garam

Sedikit Info: Pembedahan untuk membuang tonsil mungkin akan dibuat pada kes tonsillitis yang kronik (paling teruk). Seperti, sekiranya pembengkakan tonsils pada kanak-kanak berlaku berulang dua kali sebulan kerana masalah ini akan menyebabkan speech impairments, swallowing difficulties, respiratory problems dan juga heart illnesses (maaf ye, sengaja saya tak tukar ke BM version).






Alisha kena Tonsillitis

August 15, 2012 3 Comments
Gara-gara Alisha tak sihat (tonsillitis), ibu dah mengantuk kat pejabat. Jam baru pukul 8.15, mata ibu asyik nak tutup je. Ish..Ish..Ish...


Ok...nak share sedikit info yang saya dapat dari wikipedia.

What is Tonsillitis?
Tonsillitis is inflammation of the tonsils most commonly caused by a viral or bacterial infection. Symptoms of tonsillitis include sore throat and fever. While no treatment has been found to shorten the duration of viral tonsillitis, bacterial causes such as streptococcal pharyngitis are treatable with antibiotics. It usually takes one to three weeks to recover.


Symptoms
Common symptoms of tonsillitis include:
- sore throat, red, swollen tonsils, pain when swallowing, high temperature (fever), coughing, headache, tiredness, chills, a general sense of feeling unwell, white puss filled spots on the tonsils, swollen lymph nodes (glands) in the neck, pain in the ears or neck, changes to the voice or loss of voice
(yang bold ni semua ada pada Alisha)

Less common symptoms of tonsillitis include:
nausea, stomach ache, vomiting, furry tongue, bad breath (halitosis), difficulty opening your mouth

Causes
The most common causes of tonsillitis are adenovirus, rhinovirus, influenza, coronavirus, and respiratory syncytial virus.

Treatment
Treatments to reduce the discomfort from tonsillitis symptoms include:

  • pain relief, anti-inflammatory, fever reducing medications (acetaminophen/paracetamol and/or ibuprofen)
  • sore throat relief (warm salt water gargle, lozenges, and warm liquids)


Kasihan anak ibu. Dah lah susah nak makan ubat. Adoi ya...cepat sihat ye sayang. Dah nak raya ni :)





Friday, August 10, 2012

Lailatul Qadar

August 10, 2012 0 Comments



Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar:-

Pertama: Hadith riwayat at-Thobaraa-ni (Jilid 22/mukasurat 59), Soheh al-Jaa-mi’ (5472), ad-Dho’iefah (4404) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya terang, tidak panas dan tidak sejuk, tiada lontaran tahi bintang dan tanda keesokkan harinya matahari terbit dalam keadaan suram cahayanya.


Di dalam riwayat ini terdapat beberapa tanda:

1) Malamnya terang (yakni langitnya terang, keadaan cuacanya baik)

2) Udara pada malam tersebut tidak panas dan tidak sejuk

3) Tiada lontaran tahi bintang di langit

4) Cahaya matahari keesokannya terbit dalam keadaan suram kekuning-kuningan kemerah-merahan

Kedua: Hadith riwayat at-Thoyaa-lisi (349), Ibnu Khuzaimah (2192), al-Bazzaa-r (1034) Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Lailatul Qadar malamnya rasa seronok, bercuaca baik, tidak panas dan tidak sejuk serta keesokannya matahari terpancar pada waktu pagi cahayanya lemah kemerah-merahan.

Sementara dalam riwayat ini terdapat satu lagi tanda:

5) Malam tersebut hati rasa seronok, tenang, tenteram, lazat beribadat kerana ramainya jumlah malaikat yang turun ke bumi.





* Sumber dari FB (sayalah Krsty)

Friday, August 03, 2012

Bahaya aircond.

August 03, 2012 1 Comments

Saya kadang-kadang masuk kereta hidup enjin pasang aircond terus jalan je...huhuhuhu.

Time balik kerja memang nak cepat je. Maklumlah dari UM dak balik ke Puchong. Jalan sesak memanjang.

Langkah Bestari Suami Mithali

August 03, 2012 2 Comments
Pada suami-suami yang kat luar sana tu.... :)




Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan
adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suamimembazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakanpasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilandiri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tanggaterancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuandan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia danisteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskaniman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

*sumber dari encik google

Thursday, August 02, 2012

Bubur durian dan Pulut kukus

August 02, 2012 1 Comments


Bubur Durian + Pulut Kukus

Saja je nak tunjuk gambar ni.
Menu Iftar saya sabtu lepas.
 Kali pertama buat bubur seumur hidup saya.
Juga kali pertama masak pulut kukus.
Masak masa my dear double A saya tidur.

Rasa: Saaangat sedap tau.
Siap ajak encik polis (adik lelaki saya) berbuka sekali.

Segan nak share resepi sebab saya telefon mak kat kampung.
So kalau teringin nak makan dan buat sendiri cari je resepinya kat encik google :)