TAZKIRAH: Sya'ban dan kelebihannya.

Salam buat semua,

Pejam celik, pejam celik, kita dah berada di pertengahan bulan Sya'ban. Bulan yang penuh dengan fadhilat dan keberkatannya.

Di bulan inilah kita digalakkan melipat gandakan amalan kebaikan yang dituntut, berdoa kepada Allah, berzikir daan berselawat kepada Rasulullah dan bertaubat.

Semoga segala amalan kita di terima Allah.

Berikut antara amalan-amalan sunat yang digalakkan dalam bulan Sya'ban:

  • Berpuasa Sunat
  • Berdoa, berzikir, berselawat dan bertaubat
  • Memperbanyakkan amalan takwa
  • Solat lima waktu secara berjemaah
  • Memperbanyakkan solat sunat terutamanya solat malam hari
  • Melakukan amal kebajikan
  • Memohon keampunan ibu bapa
  • Menjauhkan diri dari maksiat dan dosa
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan
  • Berusaha mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap amal kebajikan yang dilakukan
  • Memohon semoga terhindar dari segala bencana dan malapetaka
  • Menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.

Kita juga digalakkan berpuasa di bulan Sya'ban kerana selain menjadi persediaan untuk melakukan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, ia juga mempunyai kelebihan.

Sabda Rasulullah SAW: "Bahawa Sya'ban ialah bulan yang selalu diabaikan oleh manusia, sedangkan pada Sya'ban lah, semua amalan manusia diangkat ke hadrat Allah. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sewaktu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat oleh AN-Nasa'i dan Ahmad).

Antaranya:

  1. Berpuasa sehari di bulan Sya'ban
  2. Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari dipertengahan dan tiga hari di akhir bulan Sya'ban
  3. Berpuasa tiga hari kemudian berselawat tiga kali sebelum berbuka puasa
  4. Berpuasa pada hari khamis pertama dan khamis terakhir di bulan Sya'ban
  5. Berpuasa pada hari isnin terakhir dalam bulan Sya'ban
  6. Berpuasa sebulan di bulan Sya'ban
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan ini amat banyak. Namun sebagai umatnya janganlah kita hanya melakukan segala amalan ini kerana berharap memperoleh ganjaran itu semata-mata. Sebaliknya lakukanlah kerana keutamaan dalam beribadat dengan ikhlas mencari keredhaan Allah SWT.

* sumber diperolehi dari http://shafiqolbu.wordpress.com

Amin.



Post a Comment

0 Comments