Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Salam semua.

Kita dah menghampiri penghujung Syaaban dan Ramadhan Al-Mubarak bakal kita kunjungi. Bulan suci yang mulia dan penuh dengan keberkatan buat kita semua. Sama-samalah memanjat doa dan kesyukuran kerana masih berpeluang untuk sama-sama menjalani ibadah puasa sekali lagi.



Selamat Menyambut Ramadhan.

Selamat Berpuasa.


Jangan lupa bersahur kerana sahur itu adalah sunnah. Walaupun ia tidak diwajibkan, namun sangat digalakkan. Malah ia membezakan antara sahur muslim dan sahur Yahudi. 


Seperti sabda Nabi s.a.w: “Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Dan Allah jadikan keberkatan dalam bersahur.

Nabi s.a.w telah bersabda :“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Post a Comment

0 Comments