Hikmah Berpuasa dan Kelebihan Ramadhan

Alhamdulillah..... sudah masuk hari ke-4 umat islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang hikmah kita berpuasa dan kelebihan Ramadhan yang mungkin anda semua tidak ketahui. 

Semua isi kandungan yang sya bincangkan di sini diperolehi dari buku Indahnya HIDUP BERSYARIAT yang ditulis oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. 

Hikmah Berpuasa dan Kelebihan Ramadhan...

Ketibaan Ramadhan, umat Islam di seluruh dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap ALLAH SWT.



Dengan diwajibkan berpuasa, semoga golongan Islam, kaya dan miskin, berada atau tidak, semuanya terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa akan timbul keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat islam.



Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, lantas akan melahirkan pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.



Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.



Puasa disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.




Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.



Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih, disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.




Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW yang bersabda, maksudnya: "Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.




Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutupnya pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.




Malam Nuzul alQuran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjad pedoman manusia hingga akhir zaman.




Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.



********
Semoga amalan kebaikan kita diterima Allah sepanjang Ramadhan ini.



Post a Comment

0 Comments