Follow Me @noorshafila

Friday, April 06, 2012

Hak Milik

April 06, 2012 0 Comments


Setelah 8 tahun, akhirnya WLR milik saya sepenuhnya. Dah tak de hutang pun dengan RHB. Hehehe... WLR kereta pertama saya sejak 2004 yang saya panggil kete kebal. Banyak jasa kereta ni dengan saya malah dengan kereta inilah, berlakunya peristiwa yang hampir meragut nyawa saya, mak dan adik bongsu pada 2007. Alhamdulillah, walaupun agak teruk kemalangan itu, WLR masih boleh diperbaiki dan diguna tanpa masalah sehingga sekarang.

Tapi sejak 2010, saya dah tak guna WLR lagi. Abah saya yang pakai di kampung. Saya cuma renew insurans dan road tax saja. Hehehehe....Sebabnya lepas Alisha lahir je, terus saya dan suami beli MPV yang kami guna sekarang. Selesa lah sikit bila nak travel jauh2. Hehehehe... (senang je buat hutang kan?) Tak mengapalah..janji anak2 selesa.

Thursday, April 05, 2012

Kuda aka Carousel aka Merry Go Round

April 05, 2012 0 Comments
"Ibu...kakak nak naik kuda!"

Hehehe.... siap ada tanda seru lagi. Nak menunjukkan betapa kuat dan tegas nya suara Alisha. Memang favorite dia. Kalau pergi IOI Mall Puchong, masuk je entrance tu, dia akan meluru lari ke arah mini carousel tu. Adeh....kakak ni, tak nyempat2.

Sebelum ada Alfeey dulu, tiap-tiap minggu saya akan bawa Alisha ke IOI untuk main kuda pusing ni. Dapat dua round, kitaorang akan naik kat playground dalam jusco tu pulak untuk main. Tak terkejar bila dia dapat main. Alisha pulak senang berkawan.

Jom...tengok gambar2 Alisha ngan kuda pusing dia.







Semua gambar ni, ibu lah yang ambil. Sejak ada Alfeey ni, susah lah sikit nak bawa Alisha naik kuda. Nasib baik abah balik bercuti lama sikit. So, hari2 lepas ibu balik kerja, kami ke IOI semata2 untuk Alisha naik kuda.

"OK ye kakak...... kita tunggu abah balik next month pula ye baru naik kuda." :)


Kat playground pun nak naik kuda jugak


Last but not least.... TQ abah sebab belikan kakak kuda kayu ni.


Sekian. Hehehehe.....

Tuesday, April 03, 2012

Masalah keguguran rambut

April 03, 2012 0 Comments
sumber - cik google

Sudah 5 bulan bersalinkan Alfeey. Keguguran rambut semakin menjadi-jadi. Bila sapu sampah dalam rumah....mak aiii..... banyaknya rambut yang gugur. Belum lagi bila ber syampoo. Takut tengok. Pakai sampoo anti hair fall pun macm tak de perubahan. 

Saper ada petua nak kurangkan keguguran rambut ni. Hehehe.. malas nak mencari.....

Masa Alisha dulu, ada juga alami masalah rambut gugur ni tapi tak seteruk ini. Adoi..pening kepala saya.

Tudung Si Comel

tudung sekolah