Follow Me @noorshafila

Saturday, December 24, 2011

Love these tips

December 24, 2011 1 Comments
Reminder to myself and others with small kids!

sumber: FB Muddled Up Mumma


Sejak ada Alfeey ni, Alisha selalu buat perangai sehingga saya kadang-kadang hilang sabar jadinya. Secara tak langsung saya dah jadi macam tarzan. Hehehe...ibu minta maaf ye sayang.

Alisha dan Alfeey

December 24, 2011 0 Comments
Kalau tengok gambar-gambar kat bawah ni, aman je rasa dada ni. Bahagia rasa diri kerana dikurniakan anak2 chumel ini. Hehehehe......







Ibu sayang kamu berdua.

Friday, December 09, 2011

Anak-anak

December 09, 2011 2 Comments
Salam buat teman-teman blogger.

Lama betul saya menyepikan diri. Sibuk menguruskan diri yang sedang berpantang dan anak-anak. Macam mimpi saja kini saya telah memiliki sepasang anak2 comel.

Hari ini genap 38 hari saya berpantang. Mujur cik suami dapat bercuti menemani saya selama sebulan sepanjang saya berpantang dan emak yang banyak membantu, begitu juga dengan abah. Pening kepala mak dan abah bila melihat cara saya berpantang (terus terang saya bagi tau pada semua, saya tidak lah terlalu patuh dengan cara berpantang yang terlalu strict sangat. Banyak yang saya langgar tapi bukanlah sesuatu yang boleh memudaratkan saya dan anak.
Cukup tentang saya dan sedikit perkembangan anak-anak.

Alisha Adnain
Esok, 10 disember, tuan puteri ini akan berusia 2 tahun.
Alhamdulillah, perkembangannya sejajar dengan usianya. Kalau bercakap sudah boleh membentuk satu ayat yang panjang. Paling panjang 5 perkataan yang dapat kita fahami. Kategori makcik lagaknya bila bercakap. Selepas pandai pandai menyanyikan lagu ibu, sekarang dia sudah pandai menyanyikan lagu burung kakak tua dengan lengkap.
Bila ditanya nama ibu, abah dan adik pun sudah pandai jawab. "Ibu nama La, abah nama zali, adik nama Api."
Cuma sekarang ni, tahap cemburu terhadap adik masih lagi menebal. Kasihan adik dibuli.

Alfeey Adham
Berat ketika lahir adalah 2.75kg, berat ketika berusia sebulan adalah 4.10kg. Berkat susu ibu sepenuhnya. Tali pusat tanggal ketika berusia 7 hari. Kali pertama rambut dicukur ketika berusia 21 hari dan kali kedua rambut dicukur ketika berusia 38 hari. Sudah pandai senyum dan peka dengan sekeliling.

Ok, cukuplah perkembangan anak2 setakat ini. Lain hari saya akan ceritakan tentang perkara buli yang Alisha buat pada adiknya.

Saturday, November 12, 2011

Introducing.......

November 12, 2011 2 Comments
Salam semua.

Alhamdulillah...syukur pada yang Esa kerana dengan izinNya, saya telah pun selamat melahirkan permata kedua keluarga kami pada 2 November 2011, cepat 11 hari dari yang dijangkakan.

Dengan besar hatinya saya perkenalkan HERO KECIL saya:


Hari pertama


Alfeey Adham Bin Mohd Razaleigh
02.11.11
2.75kg
47cm
Hospital Kajang, Selangor
Post SVD


p/s: kemudian sahaja saja saya ceritakan bagaimana Alfeey boleh dilahirkan di Hospital Kajang ye.




Hari ke sepuluh

:)

Sunday, October 30, 2011

38 weeks pregnancy

October 30, 2011 3 Comments
Alhamdulillah, dah pun masuk minggu yang ke 38 kehamilanku ini. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan baby dalam kandungan. Tapi sabarlah sayang. Tunggu abah balik 6 November ni ye.

Tuan puteri ni, kalau dia kata nak dukung... maka kena dukung lah. Kalau tidak jangan harap dia nak bergerak langsung.

Post kali ni, aku nak bercerita tentang tanda2 kelahiran yang sumbernya aku perolehi dari Portal Kehamilan Malaysia

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim
- belum lagi

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang - dah kerap sangat kebelakangan ni

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban - belum lagi

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show - baru pagi tadi. tapi tak lah banyak sgt

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka - belum lagi

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Bercakap pasal 'bloody show' - berapa lama tempohnya sebelum masa kelahiran sebenar berlaku. Risau la pulak. Cik suami lambat lagi nak balik ni. Masa lahirkan Alisha dulu, terus sahaja contraction (SVD). "Oh baby, sabar ye....tunggu lah abah balik sayang".

Ok lah sampai sini dulu ye......

Di sini ku ingin ambil kesempatan untuk memohon maaf jika ada kelanjuran kata2 yang terluah yang menyinggung perasaan sesiapa yang mengikuti blog ku ini.

Doakan semoga ku dan baby dalam kandungan ini selamat sepanjang perjalanan gembira kami ini.

Wasallam.

p/s: Sudah janji dengan Alisha mahu bawa dia naik 'kuda' hari ini :)

Thursday, October 06, 2011

Saya suka...

October 06, 2011 4 Comments
Hehehe...saya ni Alisha la.


Saya nak cerita kali ni sebab ibu tak tahu nak update apa dalam blog dia. Saya pinjam jari jemari ibu yang dah makin debab2 tu untuk taip cerita saya ni.


Nak tahu tak apa yang saya suka buat bila kat rumah? Jeng...jeng...jeng...














SAYA SUKA TENGOK BUKU LAH.....

Ibu pun pening kepala bila saya keluarkan buku2 saya sebab saya suka sepah2 kan buku dulu. Ye lah... saya kena lah cari buku yang saya suka. Kalau semua nak tahu, saya ni suka sangat buku yang ada gambar-gambar haiwan dan kenderaan. Lagi satu, saya suka menulis dan mewarna. Padan muka ibu, bila kena kemaskan balik lepas saya dah siap menulis dan mewarna.

Ok lah, ini saja yang saya nak cerita.

bye... bye...



Friday, September 30, 2011

Ibu...engkaulah ratuhatiku.

September 30, 2011 1 Comments
Sedikit yang ingin dikongsikan buat teman-teman tentang Alisha. Sekarang sudahpun setahun 9 bulan. Aduh... penat betul nak melayan karenahnya yang macam2. Tapi disebalik kepenatan ini, terselit rasa syukur yang tak terhingga pada yang Maha Esa dengan anugerahnya yang paling bernilai ini.


Thursday, August 25, 2011

Entri carca merba

August 25, 2011 1 Comments
Salam semua.

Lama betul saya meng'update' blog ini. Sibuk sikit kebelakangan ini.

Kita sudah pun menginjak ke minggu terakhir Ramadhan. Sedih pula rasanya nak meninggalkan bulan mulia yang penuh keberkatan ini. Semoga Allah memanjangkan umur agar dapat lagi bertemu bulan mulia ini di tahun hadapan.

Alhamdulillah, saya masih lagi mampu meneruskan ibadah puasa di hari ke 25 ini. Si kecil dalam kandungan yang berusia 28+ minggu ini benar2 tidak memberi sebarang masalah. Walaupun, kerap juga ibu terbabas waktu bersahur. Semoga ibu terus bertahan dan dapat berpuasa penuh tahun ini.

Ramadhan kali ini setakat ini, saya hanya berpeluang menunaikan solat Terawih hanya dua malam sahaja. Itupun kerana berpeluang balik ke kampung. Dengan Alisha sekali saya bawa ke masjid. Berbekalkan buku2 dan pensil warna, Alisha tidak mengganggu langsung. Lagipun ramai kanak2 lain yang turut sama bermain dengannya. Bukan tidak teringin untuk menunaikan solat Terawih ini di Puchong, tapi bimbang juga dengan Alisha. Takut saya sedang bersolat, anak entah ke mana. Lagipun, saya bukan kenal sangat dengan jemaah yang lain. Hendak menunaikan sendiri, tahu-tahu saja lah bila dah berdua dengan Alisha.

Persediaan raya?

Baju raya...
Masih lagi menunggu cik suami pulang dari Miri untuk shopping sama2 :)
Esok si dia akan pulang. Gembiranya rasa hati. Ye lah, di penghujung Ramdahan baru mendapat peluang untuk bersahur, berpuasa dan berbuka bersama2.

Kuih raya...
Ada lah beberapa jenis yang saya order dari kawan2. Beli untuk sendiri, mak dan abah di Gerik dan mertua di Keratong.
Malam tadi, saya berjaya membuat biskut raya pertama saya. German Cookies.





sedia untuk dibakar.





Tadaa...

Biskut saya ni terlajak masa sikit, jadi hasilnya sedikit brown. Tapi sedap. Alisha tolong makan sampai tak boleh berhenti :) Tak mengapalah pertama kali cuba.

Lain2 persiapan...
Semua dah ok, tinggal nak pack barang dan balik ke kampung sahaja.
Tahun ini raya pertama, kami sekeluarga akan balik ke Keratong dulu. Raya kedua baru balik ke Gerik. Sepatutnya tahun ini giliran Gerik untuk raya pertama, tapi mak suruh kami beraya di Keratong dahulu memandangkan raya ke tiga mak nak buat kenduri sikit untuk arwah opah. Alih2 tak jadi pulak. Tak ape lah. Rancangan masih tetap tak berubah.





Uishh.... terpanjang la pulak.

Oklah, saya tutup entry kali ini dengan gambar2 Alisha masa balik kampung minggu lepas. Sebab balik berdua je, kami naik bas sahaja. Tuan puteriku ini memang pantang nampak air. Jadi saya belikan dia pool untuk dia main2 puas dan tinggalkan di kampung saja. Manalah rumah atas kayangan saya tu ada ruang nak tempatkan benda alah ni semua.











Akhir kata..

Selamat menyambut Syawal buat kawan2 semua.



p/s: memang carca merba kan entri saya kali ini?



:)

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan

August 01, 2011 2 Comments
Salam ramadhan buat teman2 blogger.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memanjangkan umur, dapat kita menikmati rahmat Ramadhan sekali lagi.

Alhamdulillah, hari ini, sempena 1 Ramadhan, satu perkara yang baik telah berlaku. Tidak perlu aku jelaskan di sini kerana perkara ini melibatkan rasa diri seseorang. Semoga persahabatan yang terjalin akan kembali jernih. Dan tidak perlu lagi memandang perkara yang telah berlaku. Dan aku berharap semoga dengan kehadiran bulan seribu rahmat ini, teman ini akan di curahkan rezeki yang murah oleh Allah dan terus bahagia bersama keluarganya.

Dengan usia kandungan 25 minggu, aku berharap, tahun ini aku dapat menunaikan ibadah puasa sepenuhnya. Dan semoga Allah memberi kekuatan untuk mengharungi rasa lapar dengan sebaiknya. Dan semoga Allah memberi kekuatan iman untuk menjalan ibadah ini dengan penuh ketakwaan.

Sekali lagi tahun ini, aku tidak dapat berpuasa bersama2 dengan cik suami kesayangan di atas desakan kerja yang memaksa kami berjauhan. Semoga si dia, dapat menjalankan ibadah puasanya dengan sempurna di sana.

Akhir sekali;




Selamat menjalankan ibadah puasa buat teman2 dari diriku, Cik suami dan Alisha Adnain.

Monday, July 18, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Alisha 1 tahun 6 bulan

June 14, 2011 4 Comments
Alhamdulillah, pada 10 june lepas, genap tuan puteri ni 1 thn setengah. Sudah pun mendapatkan imunisasinya yang terakhir. Akibatnya Alisha demam sehari. Nasib baik ibu bercuti, begitu juga dengan abah. Hanya dengan dua dos pcm, Alisha dah kembali sihat dan melasak.

Sedikit perkembangan mengenai Alisha:

- sudah banyak perkataan yang dapat disebutnya.
- dapat menyebut ayat dengan dua perkataan seperti masak nasi, makan nasi, nak mandi, nak susu dll. Kedengaran macam ayat mudah sahaja tapi besar ertinya.
- dah kenal anggota badan. Sebut aje, dia boleh tunjukkan.
- tahu baca a sampai d :-)
- meniru perbuatan orang. Kalau sebut busuk je, terus tutup hidung.
- bila bersalam mesti nak cium tangan tak kira siapa pun.
- semua benda nak buat sendiri. Contohnya: ambil pampers. Pakai baju dan seluar (kelakar bila baju pun dia pakai macam seluar). Makan pun dah tak mahu disuap. Kalau kat kedai pun, dah pandai nak pilih barang sendiri. Pastu mulut asyik sebut cantik bila benda tu berkenan di hati dia.

Ok. Cukup sampai sini dulu. Lain kali cerita lagi. Tengok aje gaya dia cuba makan sendiri.

Monday, May 23, 2011

salam rindu

May 23, 2011 3 Comments
Salam rindu buat teman2 yang sudi mengikuti blog ini :-)

Aduh sudah lama rasanya blog ini tak di update kan. Bukan tiada cerita. Banyak sekali sebenar tapi MOOD nak berblog itu tiada. Tambahan pula dengan alahan yang agak teruk jika nak dibandingkan dengan kehamilan sebelum ini, lagi lah tiada daya untuk menyusun kata-kata. Rasa rindu sekali.

Alhamdulillah sudah pun masuk ke minggu ke15 usia kandunganku ini. Seperti kakaknya Alisha Adnain, baby kali ini masih lagi mengekalkan Al-Ad. Terima kasih pada cik suami kerana memberi tanggungjawab memilih nama baby sepenuhnya padaku. Tapi sebagai isteri, aku masih lagi perlu mendapatkan persetujuan dari bos besar. Hehehe. . . . I LOVE U abg.

Tidak sabar menanti november. SEMOGA ANAK IBU MEMBESAR dengan sihat dan sempurna dalam kandungan ibu dan lahir sebagai anak yang soleh/solehah.

Lain post, ku akan ceritakan tentang Alisha pula. Semakin nakal anakku ini. Sudah pandai cemburu pada abahnya. Tak boleh langsung dia nampak abah nak bermanja-manja dengan ibu.

Tuesday, March 15, 2011

Kenduri di Tambun

March 15, 2011 1 Comments
Alhamdulillah, aku ke Tambun bagi bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara belah emak pada sabtu yang lalu. Bersempena dengan cuti persekolahan, dapatlah adik bongsuku yang masih menuntut di SEMESTI turut serta kecuali adik lelakiku yang masih lagi berkursus di PULAPOL dan cik suamiku tidak dapat turut serta.

Kami bergerak ke Tambun seawal jam 8.30 pagi dan tiba pada jam 11 tengah hari. Ketika sampai di dewan, tetamu masih belum lagi ramai.

'Sampai saja, menjamu selera dengan roti john yang di buat fresh di perkarangan dewan'





'Dewan yang masih lagi kosong. Tertarik dengan hiasan basikal kecil yang chumel itu'



'Banner dan Frame di pintu masuk dewan'

'Pasangan pengantin Aniesa dan Rizal'

'Ku dan Alisha'





Wednesday, March 09, 2011

Entry kosong.

March 09, 2011 0 Comments
Salam hari Rabu.

Alhamdulillah sudah masuk bulan ketiga tahun 2011 ini. Betapa pantasnya masa berlalu. Sedar tak sedar Alisha bakal berusia setahun tiga bulan esok. Dan ada berita gembira yang akan aku sampaikan nanti. Tunggu ye...

Sekarang ni tengah berusaha untuk menukar description heading pada blog ku ini. Masih belum dapat mencari perkataan yang sesuai.

Apa2 pun.. Tahniah buat Krsty dan suami di atas kelahiran anakanda baru mereka, Melati. Sangat unik nama puteri2 Krsty kan.

Friday, March 04, 2011

Melur Jelita Datang....Jeng Jeng Jeng!

March 04, 2011 1 Comments

Mengenali Melur Jelita di alam maya melalui Ratuhati.

Alhamdulillah... saya dengan jujurnya menyukai gaya penulisan dan penyampaian pemiliknya.

Sekarang Melur Jelita nak promote blog2 pengunjungnya tanda penghargaan pemiliknya kepada teman2 blogger dengan mengadakan segmen ini.

Jom sama2 kita memeriahkan segmen Melur Jelita Datang... Jeng Jeng Jeng!


Syarat-syaratnya mudah saja disini.
Tahniah buat Kak Laili kerana semakin berjaya dalam dunia blogger ini.
Adios......

Thursday, March 03, 2011

Zoo Negara

March 03, 2011 0 Comments

Sampai juga akhirnya ke sini setelah sekian lama merancang untuk membawa Alisha ke zoo. Tiket masuk untuk dewasa RM20 seorang manakala Alisha FOC.


Naik train. Alisha masih mengantuk lagi. Dia tidur sepanjang perjalanan dari Puchong ke Zoo.


Beli souvenir dari zoo untuk Alisha.



Suka je dia, bila dah nak balik. Dukung pun tak nak.




Peminat?



Surau Terapung. Abah ngan ibu solat Asar kat sini.

Thursday, February 17, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Bila Alisha mula menconteng

February 16, 2011 4 Comments
Sudah dipastikan, tuan puteri ku ini, right-handed person.

Semasa ku sibuk menengok buku, dia pun sibuk nak mengacau. Dapat pensil sebatang, dia melarikan diri main jauh dari ku. Senyap je. Sedar-sedar pintu dah kena conteng luar dan dalam. Bila ditegur, dia ketawa je.



Hujung minggu lepas, ku belikan set buku mewarna dan pensil warna. Tak berkenan langsung dia dengan buku tu tapi belakang puzzle kayu yang jadi mangsa.



Tengok muka sikit.

Friday, February 11, 2011

Mood: Geram

February 11, 2011 2 Comments
Salam semua,

Tajuk kat atas sedikit sebanyak mengambarkan perasaan saya semalam dan hari ini.

Sejak melangkau usia setahun (sekarang setahun dua bulan), my tuan puteri dah ditempatkan sekali dengan budak2 besar yang lain.

2 minggu berlalu tanpa sebarang masalah. Tapi, dua hari lepas sewaktu mandikan Alisha, ku terperasan akan kesan lebam sebesar syiling 5 sen di bahagian bahu Alisha. Ketara sangat ada bekas gigi pada kawasan lembam itu. Pagi semalam sewaktu hantar Alisha, ku tanya kan pada staf taska. Jawabnya, dia pun tak perasan. Tapi memang ada seorang budak yang suka menggigit.

Petang semalam ketika aku mandikan Alisha, ada lagi kesan lebam yang baru di bahagian lengan. Lebih besar. Dan jelas kelihatan kesan gigi atas dan bawah dan kesan seperti ditarik. Kesian my tuan puteri. Tadi, sewaktu hantar Alisha, ku tanya lagi pada staf taska. Jawabnya, Alisha memang kena gigit. Rasa nak marah pun ada dengan jawapannya. Takkan nak marah dia. Mereka bukan menjaga anakku seorang. Sekadar berpesan supaya lebih beri perhatian kepada budak yang suka menggigit itu supaya dia tidak lagi menggigit orang lain.

Huhuhu.. harap perkara ini tidak berlaku lagi hari ini.

Macammana nak menangani situasi macam ini di taska?
Kena bagi tahu pada mak bapa budak ni supaya pantau anak mereka ketika berada di rumah kah?

Wednesday, February 02, 2011

Koleksi Terbaru

February 02, 2011 0 Comments
Ku bukan lah seorang yang pandai memasak. Sebelum kahwin dulu pun memang jarang ke dapur. Berubah sedikit setelah memegang jawatan isteri dan ibu. Majalah RASA memang menjadi tetamu setiap bulan di rumah.

Berjalan2 di POPULAR semalam, terus ku sambar Buku 1 Hari 1 Resepi, oleh Che Hanielliza. Banyak resipi2 enak yang bakal ku cuba nanti. Sudah tajuknya pun 1 Hari 1Resepi, mestila hari2 kena cuba (Aduhh..rajin kah aku).


Thursday, January 27, 2011

The Walking Dead

January 27, 2011 2 Comments
Copyright picture from mr google

Syiok juga layan siri baru The Walking Dead kat channel 710.
The story chronicles the travels of a group of people trying to survive in a world stricken by a zombie apocalypse.

Wednesday, January 12, 2011

HFMD lagi

January 12, 2011 1 Comments
Salam semua,

Alisha demam pada hari sabtu lepas. Walaupun tak larat tapi masih lasak seperti biasa. Pada hari ahad masih lagi demam tetapi aku perasan akan kehadiran bintil merah pada bahagian kakinya. Hari Isnin, panas badan sudah berkurangan, tetapi bintil2 merah semakin banyak yang tumbuh di tangan dan kaki dan sedikit pada bahagian bibir.

Selera makannya semakin berkurang dan langsung tidak mahu menyusu. Hanya nak minum air masak dari cawan saja. Selepas minum pasti dia akan menangis kuat. Rupa-rupanya, banyak lagi yang tumbuh di lelangit dan kerongkongnya. Kasihan anak ibu. Asyik menangis saja. Ye lah perut lapar tetapi rasa sakit yang melampau membuatkan dia melaparkan diri.

Namun sebagai ibu, mana sanggup aku lihat dia kesakitan dan kelaparan. Ku paksa juga dia menjamah bubur nasi walaupun berkali2 dia menolak.

Ini merupakan kali kedua Alisha dijangkit HFMD ini. Hari selasa, ku tanya pada pengasuh di taska, adakah kanak2 lain yang menghidapinya. Ya, ada seorang yang datang dengan HFMD pada jumaat lepas.

Adoi anak ibu ini, cepat betul kena jangkitnya.

Alhamdulillah, malam tadi Alisha sudah mahu direct BF. Lega rasanya bila Alisha kembali sihat. Yang tinggal hanyalah bintil2 merah yang mula pecah. Bila ditanya mana yang sakit. Segera saja dia hulurkan kedua2 belah tangannya.

Sedikit perkembangan Alisha pada usia 13 bulan:
- dia sudah mahu memegang sudu menyuap makanannya sendiri
- pandai sebut ball dan pantang sungguh dia melihat bola di kedai/buku.
- pandai suakan kaki bila nak pakai kasut atau seluar
- dah pandai minta sesuatu
- kuat membebel

Friday, January 07, 2011

Tag 2

January 07, 2011 0 Comments
Jalan2 blogwalking, jumpa satu tag yang benar2 menarik hatiku untuk menjawabnya. Sambil menjawab, dapat juga ku mengimbau kembali kisah kehamilanku :)

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

Yes. Aku dan suami memang merancang untuk memiliki anak secepat mungkin sebaik sahaja berkahwin memandangkan aku dan suami tinggal berjauhan.

*

Alhamdulillah rasanya aku bunting pelamin memandangkan aku disahkan hamil 4 minggu, sebulan selepas melangsungkan perkahwinan. Malangnya, janin yang dikandung ini tidak ditakdirkan untuk aku dan suami. Aku disahkan gugur pada usia kandungan 5 minggu dengan alasan janin tidak sihat.
*
Kami merancang lagi selepas itu. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana, aku disahkan hamil lagi pada April 2009, dua bulan selepas keguguran.

2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?

Aqil Arham.
*
Sepanjang kehamilan, aku memanggil bayi di dalam kandungan dengan nama ini kerana setiap kali scan, doktor menyatakan kandungan ku adalah boy. Mmm....aku dan suami tidak kisah jantina anak sulung kami ini. Lagipun excited untuk bergelar ibu, aku dan suami terlebih dahulu menyediakan dua nama untuk bayi kami.

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?

Menanti detik kelahiran memang mendebarkan, dan sakit kontraksi yang ditanggung memang terlalu berat. Sebaik sahaja, bayi keluar, doktor menunjukkan jantina dan meletakkannya seketikan di atas perutku.

"Doktor...anak saya bukan lelaki ke?

Itulah yang terpacul dari mulutku. Semua di dalam bilik bersalin itu ketawa.

4. HOW OLD WERE YOU?

30 tahun 4 bulan

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?

Terasa ada perubahan yang berlaku pada badan sendiri. Tapi nekad tak mahu lakukan upt selagi belum masa sepatutnya aku period.

*

Pada pagi hari sepatutnya aku period, bangun saja dari tidur, terus aku buat UPT dan tadaaa... naik 2 line yang sangat terang.

6. WHO DID YOU TELL FIRST?

My hubby.

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?

Tak kisah sangat samada lelaki atau perempuan. Yang paling penting sempurna dan sihat tubuh badan. Tetapi doktor ku yang terlebih excited ingin memastikan jantina bayiku.

8. DUE DATE?

14 Disember 2009. Same as my birthday. Tapi bayi keluar pada 10.12.2009

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Tak de. Evening sickness rasanya.
Asal balik kerja saja, kepala mesti terasa berat. Melepak dalam bilik saja.

10. WHAT DID YOU CRAVE?

Tiada yang specific.

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?

Tiada jugak.

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?

Girl

13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?

Not really. Tak kisah sangat untuk anak sulung ni.

14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

9 kg

15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?

Nope

17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

Nope.

Alhamdulillah... Allah telah mempermudahkan semuanya.

18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

Hospital Putrajaya

19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

Masuk pukul 11 pg. Bersalin Pukul 1 ptg.

*

Perutku rasa memulas sedari jam 12 tgh malam. Ingat kan nak buang air sahaja. Lepas beberapa kali ke bilik air, aku mula mengambil kekerapan masa sakit. 30 minit sekali.

Pukul 6 pagi baru aku kejutkan cik suami. Memandangkan kami tidur di Shah Alam, bergegas cik suami bangun menyiapkan diri. Harus balik ke Puchong dulu untuk mengambil beg hospital.

Sampai di HPJ, daftar dan kena tunggu lagi sebab semua bilik yng digunakan untuk pemeriksaan semuanya penuh. 9.30 baru aku dapat tempat. Lepas check jantung bayi dan kekerapan kontraksi. Bila doktok check bukaan cervix dah 5 cm. Apa lagi doktor terus pecahkan air ketuban dan aku masuk ke labor room.

20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

My hubby. Dan ditemani oleh my mom.

21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?

Sepatutnya my hubby. Tapi disebabkan dia takut dengan darah. Dia minta untuk tunggu di luar.

22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?

Natural.

23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

Nope.
*
Masa consultant tu explain pasal epidural , bukaan dah 7 cm. Dalam aku dan cik suami berbincang tu bukaan dah 8 cm.


24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?

2.45kg

25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?

10 Disember 2009 @ Khamis @ 1 petang

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?

Alisha Adnain Binti Mohd Razaleigh

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?

1 year 2 months and 6 days

28. WOULD YOU DO IT AGAIN?

Of course.

Sedang merancang untuk yang kedua.

Tudung Si Comel

tudung sekolah