In

"50 Bloggers Diperlukan"

Hahaha...tak pernah pun aku buat dua post dalam satu hari.

Saja jenjalan blogwalking tadi sampai la kat link ini. Aku bukanlah seorang yang pandai nak bercerita apatah lagi nak menulis sesuatu yang boleh menarik perhatian pembaca lain.

Blog ini pun terhasil kerana suamiku dan anakku (memandangkan cik suami berada jauh di seberang sana). Tapi bila ada teman2 yang membaca dan meninggalkan jejak, hati ini mula terpanggil untuk terus mencoretkan cerita ^_^

Dengan pengetahuan ber'blog' yang masih cetek, hati teruja untuk menyertai blogroll 100penulis.com ini. Semoga dengan peredaran masa dan bantuan rakan2 blogger yang lain, aku dapat memperbaiki kelemahan dan menjadikan hobi sampingan ini semakin menarik disamping menambahkan ilmu pengetahuan dalam dunia 'blog' ini.

Berminat? Jom jenguk sini ye http://www.100penulis.com/2010/10/50-bloggers-diperlukan.html

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Travel With an Infant by Airplane

InsyaAllah, bulan depan aku dan Alisha akan ke Miri untuk bercuti dan menyambut AidilAdha bersama cik suami. Risau juga kerana ini merupakan pengalaman pertama bagi aku membawa Alisha 'terbang' bersama.

Kali pertama aku ke Miri, Alisha berusia 5 bulan di dalam kandungan. Dan, pada tarikh penerbangan nanti Alisha sudah berusia 11 bulan. Harap-harap tidak timbul sebarang masalah nanti.

Saja-saja aku google mencari sedikit info 'perjalanan bersama bayi'

Instructions :

1. Bring a bottle. Make sure to bring enough formula or milk to last. Pack extra in case of delays or cancellations.

2. Take a pacifier. When the altitude changes the pressure in the cabin of the plane, children don't know how to make their ears pop. Either taking a pacifier or drinking a bottle pops their ears and relieves the pressure.

3. Plan ahead. Fill a carry-on for the infant with favorite toys and activities that he can play with quietly on the airplane.

4. Be courteous to other passengers. Keep the child as quiet as possible on the plane. While a crying infant is tolerated on an airplane, try to console him. Walk your baby up and down the aisles if necessary.

5. Keep her comfortable. Dress her in layers, such as a bodysuit with pants and a long sleeved top. Planes are often cold, but to be safe, it is best to layer for the option of removal or addition of clothes.

6. Feed the child at normal meal and snack times. Hunger causes kids to get irritable and hard to deal with. Stop at a newspaper stand in the terminal to purchase snacks if necessary. Several options are available, and it is best to have some on hand in case the child gets hungry. Service on the airplane, while no longer free, still offers chips and other snacks for purchase to passengers.

Read more: How to Travel With an Infant by Airplane eHow.com http://www.ehow.com/how_2071206_travel-infant-airplane.html#ixzz13LVQ1Xdv

Ada sesiapa nak bagi tips lagi tak?

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

i City

Nak share sedikit momen ketika ke i City, sabtu lepas. Saja jalan-jalan bawa mak dan abah yang kebetulan datang menjenguk cucu mereka (huhuhu...atas permintaanku juga kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan). Niat di hati memang dah lama nak pergi tapi tak kesampaian.

Nak masuk kena bayar tiket sampai rm10. Huhuhu...sebab hari sabtu kah? sebab En. driver merangkap adikku kata sebelum ini hanya rm1. Whatever lah. Layan je lampu2 yang berwarna warni sementara mencari tempat parking.

  • Kupon yang sah untuk 24 jam
  • Boleh tebus di cold room / safari zoo


    Orang ramai sangat. Mungkin sebab hujung minggu kot. Kesian kat mak ngan abah kena jalan jauh sebab dapat parking yang agak jauh.

Cantik kan ....



My gambar dari D3000 tak menjadi sangat. Macam nak kena beli flash je or settingnya tak betul lagi (^_^). So, kebanyakan gambar snap guna hp je.

Alisha yang baru bangun tidur.

Mak yang macam malu-malu bila aku suruh pose ngan abah :)

Alisha ngan Atuk dah jadi BFF. Kat rumah pun asyik nak ikut atuk je.

Alisha dengan ibu. Ala....dia nak pergi kat Atuk masa ni.



p/s: Lain kali nak pi ngan cik suami pulak. Bila abang nak balik Puchong ni.

Read More

Share Tweet Pin It +1

2 Comments

In

Alisha n Flashcard

Saja nak share aktiviti hujung minggu Alisha.

video

Menjerit je yang lebih rasanya :)

Read More

Share Tweet Pin It +1

1 Comments

In

10-10-10


Kenapa dengan tarikh ini?

Alhamdulillah, pada 10-10-10 ini, anakandaku ini genap 10 bulan.


Maka


10 bulan jugalah aku menjadi ibu kepada Alisha Adnain
10 bulan jugalah aku menyusukan Alisha Adnain
10 bulan melayani karenah Alisha Adnain


Banyak yang aku pelajari sepanjang tempoh 10 bulan ini. Yang paling utama adalah kesabaran. Tanpa rasa sabar, aku percaya aku tidak mampu menempuhinya tambahan pula terpaksa berjauhan dengan cik suami. Aku akui bukan mudah untuk aku mengharungi semua ini. Aku berdoa semoga Allah memudahkan segala apa yang aku lakukan.




Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

'lensaMama's Cutes Baby in Diapers'

Saja jalan-jalan menjengah lensaMama, tertarik dengan contest yang dianjurkan iaitu 'lensaMama's Cutes Baby in Diapers'




Hadiah-hadiah menarik di sponsor oleh lensaMama sendiri, funky mama, pinky frog dan tiny toes. Jom sama-sama kita join :)



Nama: Alisha Adnain Binti Mohd Razaleigh
DOB : 10 Disember 2009

Alisha pakai lampin pakai buang jenama Drypers ni sejak dari hari pertama dilahirkan lagi. Kulit Alisha juga serasi dengan Drypers. Selain itu Alisha juga selesa bergerak ke sana sini. Harganya juga berpatutan. Tapi kadang-kadang ibu ada juga pakaikan Alisha dengan Huggies sebab ibu sukakan pelekatnya.
Hujung minggu pula ibu akan pakaikan Alisha dengan CD.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Perasaan

Kecewa
.
Hampa
.
Putus Asa
.
Bukan mudah untukku luahkan dengan kata-kata.
.
Wahai diri, bersabarlah. Janganlah kau gundah.
.
Hanya padaMu Allah ku berserah. Janganlah kau biarkan perasaan ini terus terbelenggu. Tunjukkanlah jalan yang terang untukku. Berilah kesudahan yang baik kepadaku.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments