Pelaburan ASB Halal atau Haram

Tengok tajuk pun dah tau.

Ku terpanggil nak bincangkan perkara ni selepas satu insiden sembang2 ngan member ofis.

Kalau kita melabur dalam ASB, dividen yang kita perolehi di setiap penghujung tahun itu: hukumnya adalah haram. Boleh saja di gunakan tetapi tidak dibuat sebagai perbelanjaan makan dan minum.

Ini sumber yang aku perolehi dari http://www.zaharuddin.net/

Pandangan Yang Mengharuskan
Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi:-
Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :
"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Fatwa Yang Mengharamkan
Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor.

Tapi..

Bagaimana pula bila kita PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB.

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Macammana kalau kita dah buat pelaburan yang macam ni? Ada sesiapa yang dah buat?

Post a Comment

3 Comments

  1. oh betul ye haram kak?

    forex plak camne?

    susah jugak kan..saya xdela melabur sangat,tapi akaun tu adala,ramai kawan yg melabur asb..kenapa haram ye? sebab tak tahu kiter melabur apa ye? banyak pulak soklan..

    ReplyDelete
  2. tak pastilah. try tgk website tu. Benda mcm ni subjektif sgt.
    Hehehe....

    ReplyDelete
  3. me ada buat pinjaman dgn maybank utk pelaburan asb..dekat 5 thn dh...iskk..dgr cam ni rasa was2 plak...kena potong la camni...

    ReplyDelete