USM Part 1

Dah 2 hari di USM.

Semalam uruskan pendaftaran Desasiswa dan Kehadiran. Patah kaki berjalan dari DP ke Desasiswa Restu. Mak aih jauh nya. Barang2 semua tinggal dalam kereta dulu. Bila dah lepas pukul 1, baru kereta boleh masuk, itupun bersusun je menunggu parking. Dah dapat parking, operasi mengangkut barang naik ke bilik di tingkat 7. Dah lah dapat parking jauh nak mampus. Nasib baik ada lift. Selesai semua, mandi, solat dan pam susu....terus tumbang atas katil. Nasib baik ada bantal kecik Alisha buat teman tidur.

Hari ni, kelas dari pukul 9pg ke 1 ptg. Dan sambung balik 8-10 malam.

Aduh... rindu giler sama itu budak kecik. Rindukah dia pada ku?



Perkara paling bodoh telah berlaku hari ini. My C902 terjun dalam lubang JAMBAN. Mujurlah hajat belum terlaksana lagi. Dengan berat hati dan terpaksa rela ku ambil kembali telefon yang tengah syok berenang di dasar itu. Seharian ku cuba keringkan dengan harapan ia kembali berfungsi. Hampeh...

Terasa dunia kecil ku terhenti seketika. Tak boleh nak contact cik suami dan mak abah especially my sweetheart Alisha Adnain. Public phone kat RESTU ni tak membantu langsung.

Post a Comment

1 Comments

  1. blogwalking + follow...

    mehla jenguk blog comey nor..
    exchange link..

    (^_^)

    ReplyDelete