Alisha lagi...

Hampir sebulan blog aku ni tak terusik. Mmmm...banyak yang nak diceritakan tapi masa benar-benar terbatas. Siang hari di tempat kerja, manakala malam hari sibuk melayan Alisha. Pada hari-hari bekerja memang dapurku langsung tak berasap. Selalunya aku terlelap bersama2 dengan Alisha ketika menidurkannya.

Anak kecilku kini sedang belajar untuk merangkak. Alhamdulillah dalam usia 5 setengah bulan telah banyak perkembangannya. Tidurnya juga semakin lasak. Dua kali dia terkepit di antara katil dan dinding. Walaupun sudah dikepung dengan bantal. Mmmm... nampak gayanya lebih baik sekiranya aku tidur dibawah lepas ini.






Post a Comment

0 Comments