Follow Me @noorshafila

Thursday, January 21, 2010

Perkembangan Alisha

January 21, 2010 0 Comments
Hari ini sudah pun masuk hari yang ke 42 aku berpantang. Tinggal dua hari saja lagi untuk aku berada dalam tempoh berpantang ini. Tetapi ini bukan tiket untuk aku melakukan apa saja dan makan apa saja sewenang-wenangnya. Dalam tempoh ini sudah banyak perubahan yang berlaku pada Alisha sejak dari hari pertama dilahirkan.




Alisha sekarang sudah pandai senyum dan bersembang bila diagah.

Rambut Alisha pun sudah panjang dan lembut. Tidak lagi tersa tajam bila aku usap-usap kepalanya.

Alisha akan tercari-cari abah, bila cik suami bercakap dengannya. Kalau tengah menangis pun boleh berhenti. Tangannya sibuk hendak menggapai telefon yang aku letak berhampiran dengan telinganya.

Alisha paling suka kalau didukung bila hendak tidur. Kepalanya akan disandarkan ke dadaku dan cepat saja matanya lelap tetapi bila diletak ke atas tilam, dia akan kembali terjaga. Aduh anak ibu ni... macam mana bila ibu nak bekerja nanti.

Sekarang Alisha sudah mandi 3 kali sehari. Suka betul dia bila bajunya ditanggalkan. Dia akan mengeliat dan menegakkan kakinya dan tersenyum.

Alisha juga sudah pandai menjerit@menangis dengan kuat bila terjaga dari tidur dan melihat tiada sesiapa di sisinya.

ooohh.. banyak lagi rasanya perkara2 yang Alisha telah lakukan tak dapat aku coretkan saat ini.

Ini baru sebulan lebih usiamu Alisha. Ibu tahu...banyak lagi perkara-perkara baru yang akan Alisha terokai. InsyaAllah ibu akan sentiasa memastikan yang terbaik untuk Alisha

KATA HATI AKU: Ibu dan Alisha sama2 rindukan abah.

hachi

Saturday, January 02, 2010

Alisha dengan Abah

January 02, 2010 0 Comments
Alisha dengan abah sama2 tidur. Masa ni Alisha baru 3 hari.

Yang ni Alisha dah 15 hari.

Alisha dah 23 hari. Abah pun dah nak habis cuti. Malam nanti abah nak balik KL. Esok abah kena naik flight balik ke Miri pukul 3 petang.

Mmmm...dah mula rindu kat abah ni.


KATA HATI AKU: Ibu lagi rindu kat abah.

hachi

Tudung Si Comel

tudung sekolah